Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarik balik langkah penyejukan 'bukan kunci pertumbuhan pasaran hartanah': Lawrence Wong

Apr 22, 2016 | 08:51 AM



PROSPEK jangka panjang pasaran hartanah tidak bergantung pada keputusan pemerintah menarik balik langkah-langkah penyejukan pasaran atau tidak, tetapi pada keadaan keseluruhan ekonomi tempatan, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong.



Peserta industri hartanah berkali-kali melobi pemerintah baru-baru ini supaya melonggarkan langkah-langkah penyejukan, yang telah melemahkan permintaan bagi rumah baru.



Encik Wong berkata beliau tahu industri itu "kemaruk" mengenai langkah-langkah tersebut, tetapi isu utama ialah negara ini harus maju dan kekal sebagai sebuah bandar raya global berjaya dengan ekonomi yang berkembang maju dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.



"Jika kita tidak berkembang, jika kita merosot, jika kita tidak dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi, jika kita tidak dapat mengekalkan kedudukan kita sebagai sebuah bandar raya global, maka anda boleh yakin bahawa pasaran hartanah akan berada dalam keadaan suram walaupun kita menarik balik langkah-langkah penyejukan," kata beliau.



Pemerintah telah melaksana beberapa langkah, seperti setem duti dan sekatan pinjaman, yang telah membantu menurunkan harga. Harga rumah privet jatuh 3.7 peratus tahun lalu, selepas berkurangan 4 peratus pada tahun sebelumnya; rumah baru yang dijual berjumlah lebih 7,000 unit setahun sepanjang dua tahun lalu, kira-kira separuh daripada 14,948 unit yang dijual pada 2013.



Bercakap dalam acara kemajuan kerjaya agensi hartanah ERA Realty Network pada Khamis (21 Apr), Encik Wong berkata pemerintah akan memantau pasaran dengan teliti dan "dasar-dasar akan sentiasa berkembang dan dikemas kini dari masa ke masa".



Awal bulan ini, beliau berkata di Parlimen bahawa permintaan asas bagi hartanah masih kukuh, dan mengurangkan langkah-langkah penyejukan terlalu awal mungkin menimbulkan risiko pasaran pulih sebelum masanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >