PEMANDANGAN indah di tepi Tasik Alkaff serta udara nyaman di sekitar Taman Bidadari merupakan antara daya tarikan projek campuran pertama di estet baru Bidadari.
Projek perumahan privet The Woodleigh Residences dan pusat beli-belah The Woodleigh Mall itu dibangunkan bersama Singapore Press Holdings (SPH) dan pemaju hartanah Jepun Kajima Development.