Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tarikan kedai bawah blok pelbagai produk di Tampines

Sep 15, 2018 | 05:30 AM



KALAU disebut tentang kedai yang ada di kawasan kejiranan terutama di estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), tentu yang biasa kita bayangkan ialah kedai runcit yang menjual keperluan harian biasa.



Sementara penjualan yang dilihat lebih hip seperti kek cawan, aiskrim dan sebagainya, atau produk fesyen boleh didapati di kedai berhawa dingin seperti di pusat membeli-belah.



Namun sejak kebelakangan ini, sudah mula kelihatan kedai-kedai di estet HDB juga turut mengisi produk yang menarik perhatian anak-anak muda.



Contohnya di Tampines, tempat yang menjual barangan keperluan ialah di bawah Blok 201E Tampines Street 23, dekat Stesen MRT Tampines East.



Antara penjual di sana ialah Cik Nurul Fazrina Rushdi, 24 tahun.



Beliau mengendalikan sebuah kedai yogurt, Frozilicious, yang dimiliki keluarganya.



Perniagaan di situ bermula apabila Cik Fazrina sekeluarga mendapati bahawa tidak ada kedai sedemikian di kawasan kejiranan Tampines beberapa tahun lalu.



Justeru kedai tersebut dibuka pada November 2013 khusus untuk memenuhi selera penduduk di sana.



"Bapa saya menguruskan perniagaan ini manakala saya dan adik perempuan saya hanya membantu.



"Bagi menjadikan pengalaman membeli yogurt ini lebih menyeronokkan, kami menggunakan sistem layan diri dan 'bayar mengikut timbang'.



"Di samping itu, kami juga ada yogurt yang tersedia terlebih dahulu," kongsi Cik Fazrina.



Kini, mereka juga menerima tempahan bagi majlis perkahwinan, majlis korporat dan acara sekolah.



Menurut Cik Fazrina, beliau mendapati bahawa harga sewa bagi sebuah gerai di bawah blok lebih murah berbanding di pusat membeli-belah.



Oleh itu, tidak ada masalah baginya untuk mengurangkan harga barangannya agar dimampui semua orang.



"Sebelum ini, ada pelanggan yang memberi maklum balas bahawa harga yogurt kami agak mahal.



"Oleh itu, saya sekeluarga menurunkan harganya daripada $3.30 bagi 100 gram yogurt kepada $2.30," ujarnya.



Perniagaan tersebut turut menyediakan penghantaran ke rumah melalui khidmat Getz dan Honestbee.



Turut mengendalikan perniagaan di bawah blok yang sama ialah Encik Shahrazaf Khan Khakan Khan, 24 tahun.



Beliau merupakan pengurus operasi kedai Sabrina, sebuah perniagaan tudung dan pakaian wanita.



"Kami menerima ramai pelanggan wanita.



"Ada yang berusia pertengahan dan ada yang sudah lanjut usia.



"Ada juga pelanggan tetap yang ke sini bagi meminta kami mengenakan warna pakaian mereka dengan tudung yang ada," cerita Encik Shahrazaf.



Beliau turut berkongsi bahawa tudung di kedai itu dijual pada harga dari $5 hingga $15.



Pakaian dan abaya pula dijual pada harga kurang dari $50.



"Kami turut menggunakan pembelian dalam talian sebagai satu peningkatan bagi perniagaan ini," dedah Encik Shahrazaf.



Bagaimanapun, setiap perkara pasti ada baik dan buruknya.



"Bagi saya, perniagaan di bawah blok ini tidak menerima pelanggan yang ramai berbanding di pusat membeli-belah," ujar Cik Fazrina.



Biarpun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa orang ramai tidak perlu bersusah payah ke pusat membeli-belah bagi mendapatkan keperluan yang diingini.



Manakan tidak, mereka boleh mendapatkan beberapa keperluan di kawasan kejiranan yang berdekatan.



Selain kedai yogurt dan pakaian, kedai bawah Blok 201E itu juga mempunyai kedai-kedai menjual pelbagai produk lain seperti perabot, peralatan tulis-menulis dan salon hias diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >