Tarikh gelembung perjalanan udara S'pura-HK belum diputus: MOT, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Tarikh gelembung perjalanan udara S'pura-HK belum diputus: MOT

Apr 22, 2021 | 05:13 PM

TARIKH bagi gelembung perjalanan udara antara Singapura dengan Hong Kong belum lagi ditetapkan, kata Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Khamis (22 April).

Kenyataan itu menyusuli laporan media yang menyatakan Singapura dan Hong Kong telah membatalkan rancangan untuk mengumumkan gelembung perjalanan udara itu pada Khamis.

Pembatalan itu dimulakan oleh pihak Singapura, menurut satu laporan Bloomberg.

Dalam respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times, seorang jurucakap MOT berkata kedua-dua bandar tersebut telah berunding dengan rapat mengenai pengaturan perjalanan itu, yang pada awalnya dijadualkan untuk bermula pada November tahun lalu.

“Kami belum lagi menetapkan tarikh untuk mengumumkan penyambungan semula gelembung itu, tetapi akan melakukan demikian sebaik sahaja kami bersedia, harap-harap tidak lama lagi,” tambah jurucakap itu.

Discover Malay Home Based Businesses

Pengaturan Singapura-Hong Kong itu ditunda kepada tahun ini setelah terdapat peningkatan dalam jumlah kes Covid-19 di Hong Kong.

Perbincangan baru-baru ini memberi gambaran bahawa gelembung perjalanan itu mungkin akan bermula tidak lama lagi dengan keadaan Covid-19 menjadi semakin baik di Hong Kong.

Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam berkata pada 13 April bahawa beliau menjangka “satu tanda persetujuan awal antara kedua-dua pihak” mengenai gelembung perjalanan itu.

Pada 14 April, Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung mengumumkan bahawa butiran pengaturan itu untuk memulakan semula semua bentuk perjalanan antara Singapura dengan Hong Kong tanpa kuarantin sedang ditetapkan (finalised).

Sementara itu, Singapura sedang melihat jumlah terbesar jangkitan di dormitori pekerja asing yang dilaporkan dalam berbulan-bulan.

Sebanyak 11 kes koronavirus dikesan di dormitori Westlite Woodlands pada Rabu (20 April).

Ini setelah seorang pekerja pembinaan berusia 35 tahun dari Bangladesh yang tinggal di dormitori itu diuji positif Covid-19 Selasa lalu.

Ini walaupun setelah beliau menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.

Dormitori pekerja asing telah diisytiharkan bebas koronavirus pada 19 Ogos tahun lalu, tetapi kelompok dan kes di dormitori yang baru telah muncul.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map