Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarikh Hari Raya Puasa, Haji tahun depan diubah ikut kiraan astronomi kriteria baru

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



TARIKH Hari Raya tahun depan telah diubah berdasarkan kiraan astronomi, atau imkanur rukyah, dengan kriteria baru.



Hari Raya Puasa jatuh pada 3 Mei dan Hari Raya Haji pada 10 Julai. Kedua-dua tarikh itu sehari lebih lambat dari tarikh yang diumum April lalu.



Dalam satu kenyataannya semalam, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata pihak berkuasa Islam tertinggi di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura setuju menggunakan kriteria yang telah disemak semula bagi kiraan astronomi dalam menentukan kalendar Islam mulai tahun depan.



Persetujuan itu dicapai selepas penemuan baru muncul dalam kajian sepanjang beberapa tahun lalu.



"Dengan persetujuan ini, tarikh penting dalam kalendar Islam, seperti permulaan tahun baru Islam, bulan puasa dan haji akan disejajarkan di rantau ini," kata Muis.



Menurut kalendar Islam di laman Muis, bulan puasa tahun depan bermula pada 3 April dan tahun baru Islam bermula pada 30 Julai.



Hari Asyura jatuh pada 8 Ogos, dan Maulidur Rasul pada 9 Oktober.



Israk Mikraj pula pada 1 Mac, Nisfu Syaaban 18 Mac dan Nuzul Quran 19 April.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataannya semalam berkata senarai cuti umum tahun depan telah dikemas kini dengan tarikh baru Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.



Memandangkan Hari Raya Haji jatuh pada Ahad, esoknya, iaitu Isnin, 11 Julai, juga cuti umum.



Ini bermakna terdapat satu lagi hujung minggu panjang tahun depan, menjadikan jumlahnya enam.



Pada 6 April lalu, MOM mengumumkan Hari Raya Puasa tahun depan jatuh pada Isnin, 2 Mei, selepas Hari Pekerja 1 Mei, dan Selasa, 3 Mei, adalah cuti umum.



Ini menjadikan hujung minggu panjang selama empat hari.



Dengan Hari Raya Puasa kini pada 3 Mei, tarikh baru itu tidak akan menjejaskan hujung minggu panjang tersebut.



Hujung minggu panjang itu terdiri daripada Sabtu, 30 April; Ahad, 1 Mei (Hari Pekerja); Isnin, 2 Mei (cuti umum); dan Selasa, 3 Mei (Hari Raya Puasa).



Hujung minggu panjang lain melibatkan Good Friday (Jumaat, 15 April), Hari Vesak (Ahad, 15 Mei), Deepavali (Isnin, 24 Oktober) dan Krismas (Ahad, 25 Disember).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >