Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tart onde-onde paling laris jelang CNY

Jan 24, 2020 | 12:00 AM



Menghadiahkan rakan-rakan dan jiran berbangsa Cina dengan kek dan kuih-muih sempena perayaan Tahun Baru Cina menjadi amalan ramai anggota masyarakat Melayu di Singapura. Tidak hanya memberi tart nanas yang memang dikenali sebagai kuih wajib semasa perayaan itu, pencuci mulut Melayu seperti kek tapak kuda dan kek marble turut dihadiahkan. NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) dan AYU ARDINI ZULKHAIRIL (ayuardini@sph.com.sg) melaporkan tentang juadah perayaan yang mendapat sambutan Tahun Baru Cina ini.



CIK Ayra Chee tahu benar cita rasa masyarakat Cina berkaitan kuihmuih untuk disajikan semasa Tahun Baru Cina.



Oleh itu, mualaf yang memeluk agama Islam dua tahun lalu itu memastikan tart onde-onde yang beliau tawarkan di kedai keknya, Wonders Bakery, tidak terlampau manis intinya.



Menurut wanita berusia 24 tahun itu, tart onde-ondenya yang diberi nama Ondeh Tarts adalah kuih paling laris dijual sempena Tahun Baru Cina ini.



''Ia kuih baru yang kita tawarkan sempena Tahun Baru Cina. Kita tidak akan dapat melihatnya di kedai-kek tradisional. Ia bukan ciptaan saya, ada orang lain yang memulakan trend bagi tart ini. Tapi tart yang saya tawarkan adalah hasil resipi saya sendiri,'' kata Cik Ayra.



Beliau berkata, sedang tart onde-onde biasa yang dijual orang Melayu berbentuk bulat dengan inti gula melaka dan taburan kelapa parut, tartnya pula berbentuk bola, diperbuat daripada tepung berperisa pandan dan diisi inti kelapa parut dan gula melaka.



''Pelanggan Cina saya dapati rasa manisnya amat sesuai dengan cita rasa mereka. Ia tidak terlalu manis berbanding tart onde-onde yang dijual di luar sana,'' katanya.



Cik Ayra, yang mula berniaga kek dan kuih sejak berusia 19 tahun, berkata ini kali kedua beliau menawarkan kuih-muih khas sempena Tahun Baru Cina.



Selain tart onde-onde, empat lagi kuih yang ditawarkan sempena perayaan itu ialah tart nanas, biskut telur asin, biskut kacang Florentine dan kerepek sengkuang Cina.



''Saya dapati sambutan bagi kuih Tahun Baru Cina tahun ini lebih baik berbanding tahun lalu. Mungkin kerana kali ini kami ada kedai kek jadi kami ada pelanggan yang membuat tempahan dan juga pelanggan yang datang dan beli di kedai,'' kata Cik Ayra yang membuka kedainya di Blok 17, Beach Road, dan turut menerima tempahan kek ulang tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >