Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taufan Lingling ragut nyawa seorang mangsa, beribu rumah di Korea Selatan tiada elektrik

Sep 07, 2019 | 04:03 PM



SEOUL: Angin taufan telah meragut nyawa sekurang-kurangnya seorang mangsa dan meninggalkan ribuan rumah di Korea Selatan tanpa elektrik hari ini selepas ribut kuat melanda Semenanjung Korea.


Angin kencang dan hujan lebat dari Taufan Lingling menyebabkan bekalan elektrik terputus dalam lebih 31,000 rumah di kawasan pulau resort Jeju dan di kawasan bandar utama, menurut Kementerian Keselamatan dan Ehwal Dalaman Korea Selatan.


Seorang wanita berusia 70 tahun meninggal dunia selepas jatuh akibat angin kencang di Boryeong, 150 kilometer dari Seoul, menurut agensi berita Yonhap.


Taufan tersebut berada sekitar 184 kilometer dari kawasan bandar utama Gunsan pagi tadi, dan bergerak ke kawasan utara dengan kelajuan 45 kilometer sejam dan dengan angin sekencang 140 kilometer sejam, menurut Persatuan Meteorologi Korea.


Ia dijangka menjejas kawasan lain di negeri tersebut sebelum tiba di Korea Utara sekitar 3 petang.


Taufan tersebut turut menjejas jadual penerbangan.


Menurut Singapore Airlines (SIA), enam penerbangan antara Singapura dan bandar Korea Selatan, Seoul dan Busan ditukar jadual hari ini disebabkan oleh taufan tersebut.


Empat pesawat SIA dan dua SilkAir terjejas.


Dalam satu kenyataan di Facebook, SIA berkata penerbangan SQ612 dan SQ600 dari Singapura ke Seoul telah diubah jadual.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >