Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taufik Batisah kini ejen hartanah

Sep 25, 2019 | 05:30 AM



PEMENANG Singapore Idol pertama, Taufik Batisah, kini menceburi satu lagi peluang perniagaan - hartanah.



Taufik, 37 tahun, yang juga mempunyai perniagaan ayam gorengnya, Chix Hot Chicken, di Jalan Pisang, berkata dalam video yang dimuat naik di Facebook pada Ahad, 22 September, bahawa beliau sentiasa mencari "cabaran baru".



Beliau mengenang kembali perjalanannya yang bermula sebagai penyanyi, kemudian bercabang menjadi penulis lirik lagu kepada seorang pencipta muzik, sebelum menceburi bidang lakonan dan perniagaan.



Kini, beliau seorang ejen hartanah bersama-sama abangya, Mustaffa Batisah (atau lebih dikenali sebagai Mus).



Sungguhpun demikian, Taufik memberi jaminan kepada peminatnya bahawa keputusan beliau itu tidak bererti beliau telah merubah kerjayanya sepenuhnya, malah beliau mendedahkan bahawa muzik akan terus mendorongnya ke hadapan.



"Ia bukan perubahan kerjaya, tetapi semestinya, ia merupakan satu penambahan (kepada bidang yang telah diceburi).



"Saya masih Singapore Idol yang peramah yang anda kenal dan cintai," tulis Taufik di Facebook.



Dihubungi semalam, Taufik berkata: "Saya baru mendapat lesen CEA (Lesen Ejen Hartanah) setelah mengikuti kursus hartanah pada Julai lalu menggunakan geran Skillsfuture.



"Pada mulanya (saya) ambil kursus itu setakat suka-suka saja. Tetapi selepas lulus kursus, abang saya Mustaffa yang sudah lebih lima tahun dalam kerjaya ini menyatakan... nak buat apa lepas ini?



"Beliau yang galakkan saya agar ikut jejaknya. Saya fikir... mengapa tidak?"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >