Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Tawar insentif, tarik lebih ramai tenaga kerja penuhi permintaan

Langkah diambil syarikat wadah hantar makanan demi penuhi permintaan yang meningkat
May 21, 2021 | 05:30 AM



EKORAN permintaan yang meningkat, syarikat wadah penghantaran makanan menjangkakan cabaran seperti penghantaran yang lambat dan tenaga kerja yang tidak mencukupi.



Oleh itu, beberapa syarikat ditinjau sudah merancangkan untuk meningkatkan insentif untuk penghantar, bekerja lebih rapat dengan peniaga makanan serta mengukuhkan sistem tempahan bagi memastikan proses lebih licin.



Ramai yang berkata bahawa mereka telah belajar daripada pengalaman lalu semasa tempoh pemutus litar, untuk memberi khidmat lebih baik kali ini.



Demi menarik lebih ramai tenaga kerja, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wadah Bungkus, Encik Mohamed Azahari Abdul Aziz, berkata bahawa pihaknya telah merangsang insentif yang ditawarkan kepada penghantar.



"Antara lain kami menawarkan beberapa pekerja, pekerjaan sepenuh masa serta insentif berupa wang tunai jika mereka menerima semua tempahan yang diterima," ujar beliau.



Namun beliau tidak dapat mendedahkan nilai insentif sebenar ekoran polisi syarikat itu.



Wadah Bungkus kini mempunyai sekitar 500 penghantar di bawah rangkaiannya.



Meningkatkan insentif untuk pekerja penghantaran juga menjadi pertimbangan bagi aplikasi penghantaran Hungryy, menurut pengasas bersamanya, Encik Zulkifli Rahmat.



"Sementara permintaan dan tempahan akan meningkat, satu cabaran yang kami jangkakan ialah mempunyai penghantar yang tidak mencukupi.



"Jadi kami perlu rangsang insentif untuk menggalak rangkaian penghantar kami supaya mengambil tugasan secara aktif, setiap hari.



"Kami masih lagi sedang merancangkan hal ini dan akan umumkan kepada penghantar nanti," terang beliau, yang kini mempunyai sekitar 7,000 penghantar.



Pada masa sama, Encik Zulkifli berkata bahawa syarikat itu harus mempertingkatkan keupayaan sistemnya agar dapat mengendalikan jumlah pesanan yang banyak dengan berkesan.



Ini turut menjadi keprihatinan bagi beberapa syarikat wadah penghantaran makanan.



Menurut mereka, sistem tempahan dan penghantaran yang disediakan perlu dimantapkan lagi, agar kededua peniaga dalam wadahnya dan pengguna dapat memanfaatkan khidmat mereka sebaik mungkin.



Jurucakap foodpanda berkata apabila larangan makan di luar diumumkan tahun lalu, banyak peniaga terpaksa membuat perubahan dengan cepat terhadap menu dan operasi mereka agar dapat menawarkan penghantaran.



Ini termasuk penyedia khidmat makanan dan minuman (F&B) yang tidak pernah menawarkan penghantaran makanan langsung.



"Sejak itu, bagi memastikan rakan kerjasama kami mengalami gangguan minimum dalam operasi mereka semasa beralih ke penghantaran dalam talian, kami telah mempercepatkan proses penyertaan dalam sistem (onboarding) kami daripada lima hingga tujuh hari bekerja kepada hanya tiga hari bekerja, sahaja.



"Ini adalah tempoh penyertaan standard yang boleh dijangkakan oleh semua peniaga baru, dan kami sedang berusaha untuk mempercepatkan ini lagi," ujar jurucakap foodpanda.



Bagi wadah GrabFood, ia menyediakan portal untuk peniaga dan pengguna yang memastikan pengalaman tempahan dan penghantaran yang lancar.



Misalnya, portal GrabMerchant membolehkan rakan peniaga mereka menjejaki semua tempahan diterima dan tempahan itu disenaraikan mengikut waktu ketibaan penghantar.



Menurut jurucakap GrabFood, rakan peniaga digalak menyiapkan tempahan itu berdasarkan jangkaan waktu ketibaan penghantar agar mereka meluangkan masa menunggu yang minimum di kedai mereka.



Ciri teknologi lain seperti fungsi 'temporary pause' yang membolehkan rakan peniaga menghentikan sistem GrabFood buat sementara waktu daripada mengambil tempahan baru sehingga mereka selesai siapkan tempahan yang ada.



"Sejak setahun lalu, kami perhatikan ramai rakan peniaga kami berjaya menerapkan penghantaran makanan dalam operasi harian dan ini membantu mereka menguruskan permintaan dalam talian dengan lebih baik.



"Namun dalam masa tempoh permintaan tinggi, terdapat situasi apabila rakan peniaga memerlukan lebih banyak masa menyiapkan tempahan dan kami menggesa kededua penghantar dan pengguna agar bersabar," jelas jurucakap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >