Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BAHAS BELANJAWAN

Tawar khidmat guaman pro bono, rapat jurang ilmu

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



SEJAK empat tahun lalu, beliau telah kerap menyumbangkan masa dan kemahiran menerusi pertubuhan akar umbi dan rangka usaha M Kuasa Tiga (M³) dalam menawarkan nasihat undang-undang secara pro bono kepada penduduk setempat.



Menurut Encik Muslim Albakri, 33 tahun, pengarah urusan firma Albakri LLC, sumbangan kemahiran daripada pekerja profesional dalam apa jua bidang adalah penting bagi mengurangkan jurang pengetahuan terhadap beberapa isu yang penting bagi kehidupan seharian yang dialami orang awam.



Malah di bawah rangka usaha tersebut, usaha yang dilakukan relawan seperti Encik Muslim dijangka lebih tersusun dengan adanya sebuah Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M³ atau Eco yang akan ditubuhkan pada tahun ini, sebagaimana yang n diumumkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman di Parlimen kelmarin.



Dr Maliki berkata, pejabat itu akan menyelaras dan mengukuhkan usaha-usaha mendekati masyarakat bersama program-program pemerintah yang lain seperti Uplift dan ComLink, serta usaha-usaha oleh badan Melayu/Islam yang lain.



Bagi Encik Muslim bersama rakan sebidangnya lain, mereka pula kerap menawarkan khidmat pemberian nasihat undang-undang, menganjurkan acara membina kecelikan ehwal undang-undang serta beberapa bengkel profesional untuk belia setempat menerusi rangka usaha M³ .



Encik Muslim berkata: "Sifat gotong-royong oleh pekerja profesional dalam menyumbangkan kemahiran mereka agar dapat memanfaatkan orang ramai menerusi saluran masyarakat adalah penting kerana ia dapat mengurangkan jurang ilmu yang dialami orang ramai terhadap isu-isu yang penting dalam hidup seharian.



"Misalnya, sewaktu saya menyertai acara-acara Mendaki dan kerja pro bono, saya sedar orang ramai masih mengalami cabaran terhadap isu undang-undang. Namun mereka juga menghadapi cabaran mencari saluran yang mudah untuk mendapatkan maklumat seperti ini.



"Dengan adanya pekerja profesional yang tampil menyumbangkan kemahiran mereka, saya rasa ia dapat memperluaskan semangat kemasyarakatan kita dan menghulurkan bantuan kepada ahli masyarakat secara berkesan," kata Encik Muslim lagi yang sudah berkecimpung dalam bidang guaman sejak tujuh tahun lalu.



Antara kerja pro bono yang telah beliau menyumbangkan kemahirannya sejak 2017, termasuk membantu dalam menganjurkan acara pemberian nasihat berkaitan Surat Kuasa Berkekalan (LPA) yang dibuka kepada orang ramai tahun lalu menerusi M³.



Baru-baru ini, beliau bersama teman sebidangnya yang lain juga kerap menyumbangkan kemahiran bagi syarikat dan pertubuhan Muslim yang ingin menerima nasihat dan huraian berkaitan undang-undang Covid-19 menerusi sebuah inisiatif bernama Steady Boss! anjuran Yayasan Mendaki.



Menurut Encik Muslim, mereka yang mempunyai kemahiran tinggi "juga mempunyai tanggungjawab yang lebih tinggi dalam memberi manfaat kepada masyarakat."



"Ini supaya kita dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan kepada mereka, agar ia dapat memanfaatkan kehidupan seharian mereka," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >