Tawar khidmat guna kereta tanpa lesen: 4 pemandu disaman LTA
Feb 14, 2019 | 05:30 AM
EMPAT pemandu dikenakan denda kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan menggunakan kenderaan tanpa lesen.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan semalam berkata keempat-empat pemandu itu telah disabitkan dengan kesalahan menggunakan kenderaan masing-masing sebagai kenderaan perkhidmatan awam tidak berlesen dan memandu kenderaan tanpa insurans yang sah.