Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tawar kursus latihan hasil kerjasana FastJobs, SkillsFuture

Disenarai di laman FastLearn, aplikasi FastJobs; bertujuan bantu warga terutama pekerja bukan golongan PMET tingkat kemahiran
Dec 29, 2020 | 05:30 AM



LAMAN pekerjaan FastJobs telah bekerjasama dengan SkillsFuture Singapura (SSG) untuk memilih dan menawarkan kursus latihan di laman FastLearn dan aplikasi FastJobs.



Ini dalam usaha untuk membantu rakyat Singapura mempertingkat kemahiran untuk mendapatkan peluang pekerjaan baru, terutamanya golongan bukan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).



Antaranya, ia membangunkan pasaran latihan FastLearn untuk mewujudkan platform yang menampilkan lebih 70 kursus unik dalam pelbagai industri seperti khidmat pelanggan, makanan dan minuman (F&B), runcit serta penjagaan kesihatan.



Sebahagian besar kursus itu dipilih daripada kursus yang layak menggunakan Kredit SkillsFuture dan disokong SSG.



Antara kursus yang sedia ada termasuk di bawah Program Kemahiran SGUnited dan Program Peralihan Kerjaya, dengan kededua program itu mempunyai ciri-ciri khusus yang membantu pemohon kerja dalam fasa berlainan dalam kerjaya mereka.



Antara penyedia kursus itu ialah institut pengajian tinggi seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan penyedia latihan privet seperti SHATEC dan Hab Pembelajaran NTUC.



FastJobs dan SSG akan terus memperluaskan dan mengemaskini pilihan kursus secara berperingkat supaya dapat mengikuti perkembangan trend dan keperluan pekerjaan.



Pengurus Besar FastJobs Singapore, Cik Lim Huishan, berkata:



"Dengan menggabungkan pemahaman FastJobs tentang kedua-dua majikan dan pemohon kerja dengan tawaran kursus yang relevan dengan industri, bersubsidi tinggi SkillsFuture Singapore, kerjasama ini bertujuan membantu merapatkan jurang antara majikan dengan pemohon kerja menerusi latihan."



Laman tersebut telah menerima sambutan baik dari lebih 500 pemohon kerja yang telah mendaftar bagi kursus yang disenaraikan dalam platform itu bulan lalu.



Antara kursus popular ialah berkenaan khidmat pesakit, pentadbiran tempat kerja digital, sains farmaseutikal serta nutrisi dan sains makanan.



Antara mereka yang mendaftar bagi kursus melalui laman FastLearn itu ialah Cik Zafirah Mohamad Sinna.



"Saya terlihat iklan tentang peningkatan kemahiran dan peluang latihan di aplikasi FastJobs semasa sedang mencari pekerjaan. Saya rasa ia satu peluang baik untuk meraih kemahiran baru demi membantu saya dalam kerjaya dan oleh itu, saya mendaftarkan minat dalam beberapa kursus," kata beliau.



Seorang lagi pengguna FastLearn, Cik Safwanah Johari, pula berkata platform itu memudahkan pencariannya bagi kursus yang diminati kerana beliau dapat menapis kursus mengikut industri.



"Terdapat kursus bagi kebanyakan topik dan subjek yang saya minat, termasuk khidmat pelanggan dan sains farmaseutikal," katanya.




APA KATA PIHAK FASTJOBS:



"Dengan menggabungkan pemahaman FastJobs tentang kedua-dua majikan dan pemohon kerja dengan tawaran kursus yang relevan dengan industri, bersubsidi tinggi SkillsFuture Singapore, kerjasama ini bertujuan membantu merapatkan jurang antara majikan dengan pemohon kerja menerusi latihan."
- Cik Lim Huishan, Pengurus Besar FastJobs Singapore.



APA KATA PENCARI KERJA:



"Saya terlihat iklan tentang peningkatan kemahiran dan peluang latihan di aplikasi FastJobs semasa sedang mencari pekerjaan. Saya rasa ia satu peluang baik untuk meraih kemahiran baru demi membantu saya dalam kerjaya dan oleh itu, saya mendaftarkan minat dalam beberapa kursus."
- Cik Zafirah Mohamad Sinna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >