Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Tawar makanan unik, baru bagi pengguna

Apr 01, 2021 | 05:30 AM



Jom dalami rahsia-rahsia di sebalik makanan bazar kegemaran anda dalam 'Jaguh Memasak', sebuah siri dipersembahkan oleh Wisma Geylang Serai dan Berita Harian Singapura! Ikuti wartawan BERITA HARIAN (BH) serta tetamu istimewa Husin Saaban. Ikuti laporan ini.



DALAM soal makanan, warga Singapura memang suka makan dan sering 'memburu' tempat-tempat baru untuk menjamu selera.



Pengasas Mango Bossku Encik Mohamad Hussin Said juga tidak terkecuali.



Berpeluang mencuba makanan dan minuman yang unik ketika menjelajah ke negara-negara lain, Encik Hussin berkata dia sering kagum dengan keunikan makanan yang dicuba.



Mendapat inspirasi daripada perjalanannya ke pelbagai negara, tercetus satu idea untuk membawa makanan-makanan tersebut ke Singapura seperti minuman Mango Float dari Melaka dan makanan jejari keju dari Korea Selatan.



Mengulas mengenai sebab dia memilih untuk menjual minuman dan makanan itu, Encik Hussin berkata dia sebenarnya bermula hanya sebagai peminat makanan tersebut.



Namun, setelah mencubanya beberapa kali, dia menyukainya sehingga ingin berkongsi makanan ringan kegemarannya yang baru bersama orang lain.



"Saya dan keluarga saya memang suka melancong dan mencuba makanan dan minuman yang baru.



"Jika kita tengok makanan-makanan yang trendy atau hipster di sini kebanyakan antara mereka berasal dari luar negara. Tetapi sekiranya terdapat perniagaan yang membawanya ke Singapura, ia bukan halal.



"Jadi apa yang saya ingin lakukan adalah untuk menawarkan pilihan yang halal untuk masyarakat kita merasai makanan yang unik ini tanpa melancong ke luar negara," katanya yang berusia 34, tahun.



Katanya, dia telah mendapat idea untuk Mango Float itu ketika seberang tambak ke Melaka dan merasai Mango Float Royale Melaka yang terkenal oleh ramai penduduk tempatan serta pelancong.



Idea bagi jejari keju atau Cheesestick Korea pula tercetus apabila dia melancong ke Korea dan melihat ramai penjual makanan jalanan menjualnya.



Demi mempelajari bagaimana untuk menyediakan Cheesetick Korea yang asli, Encik Hussin menambah bahawa dia telah menetap di sana lebih daripada sebulan khas untuk mempelajari daripada pakar makanan tersebut.



Setelah menyertai bazar Ramadan Geylang Serai buat kali pertama pada tahun 2018 dan menerima sambutan yang hangat, Encik Hussin kemudian menyertai bazar-bazar yang lain di kawasan perumahan di merata Singapura.



Namun, akibat penularan Covid-19 di Singapura tahun lalu, pendapatannya terjejas kerana tidak dapat menyertai bazar-bazar tersebut.



"Kita terpaksa menutup gerai kami di bazar yang terletak di kawasan perumahan sepuluh hari lebih awal ketika pengumuman pemutus litar dikeluarkan pada awal April tahun lalu.



"Namun begitu, kita terpaksa beralih untuk beroperasi sebagai perniagaan dari rumah (HBB) untuk terus menawarkan makanan kami kepada pelanggan.



"Untuk terus bertahan, pada waktu malam saya pula melakukan lelongan dalam talian menjual barangan elektronik yang telah menjadi popular di kalangan masyarakat ketika tempoh itu," kata Encik Hussin, yang berjaya meraih pendapatan sebanyak $8,000 dalam satu hari dengan lelongan dalam talian.



Meskipun menghadapi cabaran besar ini, dengan keadaan semakin pulih dan lebih kelonggaran baginya untuk berniaga, bapa kepada seorang anak itu telah membuka gerai kecil di 200 Turf Club Road, The Grandstand sejak Januari tahun ini.



Ketika perniagaan semakin rancak ketika ini, Encik Hussin berkata beliau berharap dapat menghulur bantuan kepada perniagaan-perniagaan yang lain, terutamanya HBB.



"Saya tahu mereka kadangkala tidak mempunyai pengalaman pemasaran ataupun tidak ada dalam talian.



"Insya-Allah apa yang kita boleh buat, adalah untuk menolong mereka dengan kemahiran yang kita ada. Dalam tempoh yang mencabar ini, ini adalah masa untuk kita menolong antara satu sama lain," ujarnya.



Episod kelima Jaguh Memasak ini akan ditayangkan esok di Facebook BH Singapura dan Wisma Geylang Serai pada 8.30 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >