Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tawar menu daging-daripada-tanaman demi kesihatan, demi alam

Apr 21, 2019 | 05:30 AM



TIGA tahun lalu apabila beliau kali pertama mencuba daging yang diperbuat daripada sel protein tanaman, Sheikh Haikel bagaikan tidak percaya.



Daging yang dimakan itu bukan daripada sumber haiwan tetapi dibuat 100 peratus daripada tanaman.



Namun, rasanya sama seperti daging lembu biasa.



Kini, beliau bekerjasama dengan Impossible Foods, sebuah syarikat yang menghasilkan makanan gantian yang diperbuat daripada tanaman bagi produk daging dan susu, dengan menawarkan sajian 'daging' lebih sihat itu dalam menu restorannya, FatPapas, kepada pelanggan.



"Pada masa depan, mungkin tidak akan ada sumber daging yang mencukupi dan kawasan tanah (untuk menternak haiwan).



"Gas yang dihasilkan lembu (kurang baik kerana gas yang keluar daripada perut lembu mengandungi gas metana (methane) yang boleh menjejas alam sekitar).



"Rasa seperti tak percaya makanan ini diperbuat daripada soya," kata selebriti dan pemilik bersama FatPapas, Sheikh Haikel.



Impossible Foods, sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat yang baru saja melancarkan produk 'daging' berasaskan tanaman di sini bulan lalu, menggunakan protein mengandungi heme daripada akar tumbuhan soya, yang dipanggil leghemoglobin soya, bagi menghasilkan 'daging' itu.



Heme adalah molekul yang mewujudkan rasa daging dan ia boleh didapati dalam tumbuhan dan haiwan.



DNA protein daripada akar tumbuhan soya itu diambil dan dimasukkan ke dalam yis yang diperbuat secara genetik.



Yis itu kemudian akan bertambah dan menghasilkan lebih banyak heme.



Selain berusaha menyelamatkan alam sekitar, Sheikh Haikel berkata mereka menyediakan 'daging' itu kerana lebih ramai orang hari ini mahu mengamalkan gaya hidup lebih sihat.



Dengan bantuan rakan niaganya, Encik Bernie Tay, FatPapas kini menawarkan empat hidangan 'daging' yang diperbuat daripada protein tumbuhan itu.



Hidangan tersebut ialah Impossible Chili Queso and Chips, Impossible Cheese Burger, Impossible Meatball Spaghetti dan Impossible Cottage Pie.



Tambahnya, menu baru itu menerima sambutan baik oleh pelanggan.



"Terdapat ramai orang yang mahu hidup sihat hari ini. Mereka mahu menikmati makanan sedap tetapi mereka tidak mahu merosakkan diri," katanya.



"Anda tidak lagi perlu amalkan hari tidak boleh makan daging. Kini anda boleh makan 'daging' Impossible," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >