Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tawaran flat baru dengan tempoh pajakan pendek untuk pemilik flat Sers

Pilihan bermula untuk pemilik flat Sers di AMK, sebelum dilanjutkan kepada mereka di Marsiling
Jul 03, 2022 | 05:43 AM



PEMILIK flat yang sedang menjalani Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (Sers) akan diberi dua lagi pilihan perumahan semula.



Ini bertujuan menangani keprihatinan mereka tentang perlunya mengeluarkan wang tunai bagi memiliki flat ganti yang serupa saiznya.



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam kenyataan semalam berkata, mereka akan menawarkan penduduk yang akan menjalani Sers di Blok 562 hingga 565 Ang Mo Kio Avenue 3 dengan flat ganti tiga bilik atau lebih besar di tapak yang ditetapkan dengan tempoh pegangan lebih pendek - selama 50 tahun jika flat baru itu boleh bertahan hingga pemilik mencapai usia 95 tahun.



Ini merupakan kali pertama HDB menawarkan flat empat bilik dengan tempoh pajakan lebih pendek.



Selain itu, HDB juga akan menawarkan Skim Beli Balik Pajakan (LBS) kepada mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas, di tapak yang ditetapkan sebagai ganti bagi flat yang menjalani Sers itu.



Selepas itu, mereka boleh membeli flat ganti dengan tempoh pajakan pendek, ujar HDB.



Di bawah LBS, pemilik flat boleh mengekalkan pajakan yang secukupnya agar flat tersebut dapat bertahan hingga mereka mencapai usia sekurang-kurangnya 95 tahun, dan menjual kembali baki pajakan kepada HDB.



Dua pilihan tambahan ini akan ditawarkan kepada pemilik flat yang akan menjalani Sers di Blok 562 hingga 565 Ang Mo Kio Avenue 3, dan kemudian ditawarkan pula kepada pemilik flat Blok 212 hingga 218 Marsiling Crescent/Lane.



Pemerintah baru-baru ini mengumumkan akan memperoleh flat di Marsiling Crescent/Lane itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja membangunkan semula dan memperluas Pusat Pemeriksaan Woodlands, dengan pemilik flat yang layak dari Blok 212 hingga Blok 218 Marsiling Crescent/Lane ditawarkan manfaat perumahan semula yang sama seperti yang ditawarkan di bawah Sers.



"HDB memahami keprihatinan mereka dan oleh itu menawarkan pilihan tambahan untuk membantu mereka membeli flat ganti baru mereka," ujar HDB.



HDB mengumumkan April lalu bahawa empat blok HDB - Blok 562 hingga 565 Ang Mo Kio Avenue 3 - dipilih menjalani Sers, sebuah skim yang bertujuan memperbaharui estet lama dan menyediakan rumah yang lebih baik bagi penduduk.



Flat yang siap dibina pada 1979 itu berusia sekitar 43 tahun dan merangkumi kebanyakannya flat tiga dan empat bilik.



Kesemua 606 isi rumah yang terjejas itu sebelum ini hanya ditawarkan flat ganti di Ang Mo Kio Drive, di sebelah ITE Kolej Central, dengan tempoh pajakan 99 tahun yang baru.



Pemilik juga tidak boleh memohon bagi LBS selepas flat mereka diumumkan menjalani Sers.



Penduduk sebelum ini meluahkan rasa kecewa perlu membayar hingga $100,000 bagi flat ganti.



Dengan pengumuman terkini itu, penduduk di blok yang terjejas di Ang Mo Kio dan Marsiling mempunyai pelbagai pilihan, termasuk membeli flat ganti dengan tempoh pajakan 99 tahun yang baru, hampir seganda tempoh pajakan flat mereka apabila mereka berpindah keluar menjelang hujung 2027.



Pemilik yang tidak ingin mendapatkan flat ganti yang baru boleh memilih menjual flat Sers mereka dengan manfaat perumahan semula di pasaran terbuka.



Ketua Penyelidikan dan Kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying berkata kedua-dua pilihan akan bantu kurangkan harga flat penggantian menjadikan ia lebih dimampui.



"Ini sekali gus meredakan keprihatinan beberapa warga emas tentang keperluan menokok dana untuk membeli flat baru bagi saiz flat serupa di tapak penggantian. Kami menyokong pilihan tambahan diumumkan dan yakin langkah itu akan terus memastikan perumahan awam kekal dimampui dan inklusif," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >