Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tawaran lebih 1,500 kerja berkaitan teknologi di pameran kerjaya maya mulai 13 Mac

Mar 11, 2021 | 08:44 PM



LEBIH 1,500 pekerjaan berkaitan teknologi merentas pelbagai sektor kini ditawarkan di pameran kerjaya maya yang bermula Sabtu (13 Mac).



Pameran dua minggu Smart Nation and U: Virtual Career Fair ini melibatkan penyertaan lebih 100 pertubuhan termasuk platform e-dagang Shopee dan bank Standard Chartered Bank serta agensi awam seperti Agensi Teknologi Pemerintah dan Penguasa Pembangunan Media Infokom.



Jawatan yang ditawarkan pula rencam daripada yang memerlukan kepakaran teknologi mendalam seperti pembangun sofwe yang memiliki kemahiran pengekodan kepada peranan teknologi ringan yang tidak memerlukan latar belakang teknologi tetapi mungkin melibatkan penggunaan teknologi dalam pekerjaan.



Satu tugasan teknologi ringan yang ditawarkan adalah penolong gudang digital. Pekerja yang ingin digajikan perlu menggunakan peralatan automasi seperti mesin dan sofwe bagi membantunya mengurus barangan di gudang.



Terdapat tawaran pekerjaan bagi jurutera sistem, pemasar digital, penganalisis perniagaan dan penganalisis data.



Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) menganjurkan pameran maya ini dengan sokongan kesatuan, majikan dan pemerintah.



Pameran ini sebahagian acara Smart Nation and U anjuran Pejabat Pemerintah Negara Bijak dan Digital serta NTUC. Acara ini dilancarkan pada Khamis (11 Mac) oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, di Pusat URA.



Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan berkata sektor teknologi kekal sebagai ruang yang cerah buat perniagaan dan pekerja.



"Dalam tahun-tahun mendatang, teknologi dan ekonomi digital yang berkembang akan mewujudkan banyak peluang baru dan pekerjaan yang baik buat penduduk kita," katanya.



Namun Singapura harus memastikan pekerjanya bersedia bagi dunia digital, tambahnya.



"Celik digital dan pengekodan asas akan menjadi teras tenaga kerja akan datang. Kita, justeru itu, mula awal di sekolah dan mempertingkat kemahiran pekerja kita sepanjang kehidupan mereka," ujar Encik Heng.



Acara ini yang bertujuan mengetengahkan peluang buat pekerja dan perniagaan mempertingkat kemahiran dan beralih secara digital akan juga memaparkan pameran fizikal tentang pekerjaan dan kemahiran yang fokus pada teknologi.



Pameran Let's Go ini dibuka kepada awam di lima lokasi hingga Ahad (14 Mac). Lokasi ini termasuk Downtown East, Jurong Point, Nex, Suntec City dan Toa Payoh HDB Hub.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >