Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Setempat0

Tawaran menarik dari 1 hingga 7 Julai: Beli 1 ayam goreng dan dapat 1 lagi percuma di KFC sempena Hari Ayam Goreng Nasional

Jul 06, 2019 | 05:56 PM

BELI 1, PERCUMA 1 AYAM GORENG HARI INI 

Hari ini merupakan Hari Ayam Goreng Nasional (di Amerika Syarikat) dan KFC ingin meraikan hari ini buat pertama kali. 

Dapatkan dua keping ayam goreng dengan harga satu di semua cawangan KFC (kecuali di Jewel, Kidzania Sentosa dan Taman Haiwan Singapura). 
Tawaran ini hanya untuk ayam goreng Original Recipe dan Hot & Crispy yang dibeli a la carte dan boleh dibungkus atau dipesan. 

Pelanggan hanya boleh membeli tiga set bagi setiap pesanan, maknanya anda boleh mendapatkan enam keping ayam goreng dengan harga tiga keping. 

DURIAN PERCUMA DI AUDIO HOUSE 

Berita Popular

Kedai elektronik Audio House menawarkan dua biji durian percuma bagi setiap seorang anggotanya minggu depan di bilik pamerannya di Bendemeer. 

Anda tidak perlu beli apa-apa, tetapi jika anda membeli barangan yang bernilai lebih dari $100 semasa tempoh dua hari itu, anda akan diberi dua biji durian tambahan. 

Orang ramai boleh menjadi anggota secara percuma dalam talian, dan mereka yang berminat terhadap pemberian durian percuma ini boleh mendaftar sekarang hingga 12 Julai di https://freedurian.kickoffpages.com/.

Tarikh: 13 dan 14 Julai, 1 petang hingga 9 malam 
Di mana: Audio House, 72 Bendemeer Road, Luzerne building, Singapore 339941

SESI KARAOKE $10 DI MANEKINEKO

Adakah anda berasa tertekan apabila anda tidak mempunyai sebarang aktiviti untuk dilakukan? Karaoke lah di Manekineko! 

Cawangan karaoke itu kembalikan promosi di mana anda boleh menyanyikan lagu kegemaran anda selama dua jam dengan hanya $10 pada hari biasa. 

Harga tersebut termasuk snek yang tidak terhad, minuman dan juga aiskrim di cawangan tertentu. 

Jika anda tidak sempat ke sana semasa hari biasa, cawangan manekineko di Scape mempunyai tawaran untuk hujung minggu sehingga 31 Julai. 

Anda boleh menyanyi dengan hanya membayar $2 sejam semasa hujung minggu tetapi tawaran ini memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang dan hanya untuk sesi menyanyi maksimum tiga jam. 

 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map