Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Tawaran vaksin kepada pelajar beri kelegaan kepada ibu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tawaran vaksin kepada pelajar beri kelegaan kepada ibu

Jun 02, 2021 | 05:30 AM

APABILA berita mengenai vaksinasi dilanjutkan kepada golongan pelajar, suri rumah Cik Shahidah Selamat berasa lega malah gembira terdapat usaha untuk memastikan warga muda juga tidak terkecuali dilindungi daripada wabak Covid-19.

Beliau yang mempunyai sepasang anak perempuan kembar yang kini berusia 15 tahun dan bakal menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun ini, juga bersyukur vaksinasi itu diutamakan bagi golongan pelajar yang akan menduduki peperiksaan nasional khususnya peringkat 'N', 'O' dan 'A'.

Kelmarin sahaja kedua-dua anaknya perlu ke sekolah untuk peperiksaan Bahasa Melayu GCE peringkat 'O'.

Ujian lisan dijangka diadakan pada bulan depan.

"Saya bimbang juga kerana mereka masih perlu ke sekolah. Sekolah salah satu anak kembar saya juga baru-baru ini telah mengesan seorang pelajar yang positif Covid-19.

"Lagipun pada saya, menerusi vaksinasi ini, sedikit perlindungan yang ia berikan lebih baik daripada tiada perlindungan langsung," ujar ibu 42 tahun itu yang sudah mendapatkan dos pertama vaksinasinya.

Di samping itu, Cik Shahidah turut berusaha mencari maklumat sendiri berhubung penggunaan vaksin ke atas pelajar.

Lagipun sejak berita tersiar kelmarin, pihak sekolah anak-anaknya juga telah mengirimkan mesej dan butiran tentang vaksinasi itu menerusi aplikasi Parents Gateway.

Satu webinar juga telah diadakan yang dianggotai pakar dari Kementerian Kesihatan (MOH) dan jurucakap Kementerian Pendidikan (MOE) turut diadakan bagi membantu ibu bapa memahami lebih mendalam tentang proses vaksinasi itu.

Cik Shahidah yang telah menerima undangan mengenai vaksinasi anak-anaknya semalam berkata suntikan akan diambil Jumaat ini.

"Saya sudahpun mendapat tarikh sesuai untuk melakukan suntikan.

"Saya perlu pastikan terutama selepas suntikan kedua, anak-anak saya mempunyai masa rehat yang secukupnya dan ia tidak bertembung dengan tarikh ujian lisan mereka," ujarnya.

Seorang lagi suri rumah yang enggan namanya disiarkan berkata beliau akan mengambil langkah tunggu dan lihat sebelum memutuskan untuk membenarkan anak-anaknya divaksinasi.

Menurut ibu 40 tahun itu yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Siti, ujian klinikal ke atas belia yang menerima vaksin di Amerika Syarikat akan hanya berakhir pada 2023.

"Setiap vaksin selalunya memakan masa beberapa tahun sebelum kita dapat menilai keberkesanannya.

"Saya akur sekarang dalam keadaan pandemik agak sukar untuk menunggunya tetapi pada masa yang sama saya mahu mengambil sikap tunggu dan lihat terlebih dahulu.

"Saya memilih untuk meningkatkan tahap imuniti dan daya tahan tubuh mereka daripada mengambil vaksin," katanya.

Doktor keluarga dan pemilik Banyan Clinic, Dr Elly Sabrina Ismail, berkata ibu bapa harus menimbangkan kebaikan yang dapat diraih jika anak mereka divaksinasi berbanding jika mereka tidak melakukannya.

Menurutnya buat masa ini, seramai enam juta belia telah divaksinasi di Amerika Syarikat dan tidak menunjukkan sebarang kesan buruk selepas divaksinasi.

"Kesan sampingan yang mungkin dialami belia yang divaksinasi sama seperti yang dialami orang dewasa.

"Ia termasuk demam, sakit atau bengkak pada lokasi suntikan, letih, sakit kepala. Tiada perbezaan ketara," katanya.

Beliau menambah vaksinasi ke atas belia bukan sahaja melindungi belia itu sendiri malah keluarga, serta instituisi pengajian yang mereka hadiri.

"Kita dapat lihat bagaimana beberapa pelajar semasa di sekolah dijangkiti Covid-19.

"Jus`teru dengan vaksin ini, ia sekurang-kurangnya menambah satu benteng perlindungan buat mereka," katanya.

Beliau juga akan menyarankan kepada dua anaknya yang kini di Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk mengambil suntikan vaksin itu apabila tiba giliran mereka kelak.


"Saya bimbang juga kerana mereka masih perlu ke sekolah. Sekolah salah satu anak kembar saya juga baru-baru ini telah mengesan seorang pelajar yang positif Covid-19.
Lagipun pada saya, menerusi vaksinasi ini, sedikit perlindungan yang ia berikan lebih baik daripada tiada perlindungan langsung."

- Cik Shahidah Selamat, suri rumah yang punya pasangan kembar yang bakal menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun ini.


KESELAMATAN DAN KEBERKESANAN VAKSIN PFIZER-BIONTECH

  • Dalam kalangan mereka yang berusia 12 hingga 16 tahun ia didapati konsisten dengan keputusan yang dilapor dalam kalangan dewasa yang divaksinasi
  • Kajian fasa ketiga melibat hampir 2,300 remaja berusia 12 dengan 16 tahun, terdapat keberkesanan vaksin yang tinggi dalam kumpulan itu
  • Tiada jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam kumpulan itu
  • Ini berbanding dengan 16 kes jangkitan dalam kumpulan yang tidak divaksinasi
  • Analisis keselamatan kajian sepanjang tempoh susulan selama dua bulan, kesan buruk selepas divaksinasi, jarang berlaku, dan selalunya agak ringan
  • Profil keselamatan vaksin Pfizer-BioNTech sama seperti vaksin lain yang sering ditawar kepada anak-anak
  • Kanak-kanak punya sistem imun lebih kuat berbanding dewasa
  • Kemungkinan lebih tinggi alami kesan sampingan ringan seperti demam, sakit pada tempat suntik, rasa penat dan sakit kepala berbanding orang dewasa
  • Reaksi itu petanda sistem imun berfungsi dengan baik dan memberi respons terhadap vaksin

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3