Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Tazkirah Awal Muharam: Mufti gesa Muslim S'pura proaktif majukan masyarakat, negara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tazkirah Awal Muharam: Mufti gesa Muslim S'pura proaktif majukan masyarakat, negara

Muslim Singapura amal agama dengan cara yang menyokong perpaduan dalam negara berbilang kaum dan agama
Sep 10, 2018 | 07:30 PM

MASYARAKAT Muslim setempat, selain perlu terus membina keluarga yang kukuh dan berbudaya bingkas, wajar bersikap proaktif untuk mendatangkan kebaikan dan memberi manfaat kepada masyarakat dan negara, kata Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram, pada Isnin (10 September).

Dr Fatris, yang menyampaikan  tazkirah sempena sambutan awal Muharam 1440 Hijrah di Masjid Al Khair di Choa Chu Kang,  berkata masyarakat Muslim di Singapura boleh berbesar hati kerana mengamalkan agama yang menyokong perpaduan dengan jiran dalam negara berbilang kaum dan agama.

Beliau juga menggesa Muslim Singapura terus memain peranan untuk membangun masyarakat dengan menghulur bantuan dalam bentuk yang dimampui.

Tambahnya, menerusi sumbangan zakat,  Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan terus menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan dan pada masa yang sama, menyalurkan derma lain yang diterimanya untuk membantu masyarakat di luar negara yang ditimpa kesusahan.

Ditubuhkan pada 1968,  Muis baru sahaja mengadakan acara awam Salam Singapore hujung minggu lalu, bagi meraikan ulang tahun ke-50.

 Menurut Dr Fatris, sejak ditubuhkan, Muis telah berjaya ‘mengubah cabaran menjadi peluang’, membentuk dasar yang responsif dan memupuk cara hidup keagamaan yang progresif selain menyumbang kepada kesejahteraan negara.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3