PENTAS Budaya 2016 akan mementaskan persembahan berkisar pada pelbagai isu perkahwinan dan perceraian yang lebih kontroversial tahun ini.
Pementasan Abadi pada lewat minggu ini mengisahkan pergolakan kehidupan rumah tangga dua pasangan dan mereka yang terjejas dalam kehidupan pasangan itu. Pada masa yang sama, Abadi juga meneroka cara mereka menghadapi setiap masalah.