Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teater baru bernilai $30 juta di Esplanade

Apr 10, 2017 | 04:23 PM



SEBUAH teater baru di tepi sungai yang dibangunkan dengan kos $30 juta akan dibuka di Esplanade - Teater di Persisiran pada 2021.



Teater bersaiz sederhana ini boleh menempatkan 550 orang.



Pembangunan teater baru ini diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu semasa acara penyampaian anugerah teater anjuran The Straits Times' Life.



Di acara M1 - The Straits Times Life Theatre Awards di Esplanade Recital Studio itu, Cik Fu berkata kementeriannya akan menyumbang $10 juta bagi pembangunan teater tersebut.



Pihak Esplanade akan mengumpulkan lagi $20 juta.



"Dengan teater yang mempunyai 550 tempat duduk ini, kumpulan kesenian kita akan dapat mempertingkat kerja seni mereka yang sebelum ini dipersembahkan di studio yang kecil.



"Hari ini, kebanyakan hasil kerja seni dihasilkan untuk pesta-pesta besar yang memerlukan tempat bersaiz sederhana.



"Kami harap teater baru ini dapat memberi kumpulan-kumpulan kesenian kita saiz yang wajar bagi mencipta kerja seni yang baharu, bukan hanya untuk penonton tempatan, tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa," ujarnya.



Menurut Esplanade, hasil kerja seni yang baharu bagi tarian dan teater yang dicipta di Singapura atau luar negara sememangnya dibuat untuk tempat bersaiz sederhana yang mempunyai ruang tempat duduk antara 500 hingga 1,000.



Teater Esplanade sedia ada dan Dewan Konsert Esplanade hanya memuatkan hampir 2,000 tempat duduk. Kompleks kesenian pula mempunyai 200 tempat duduk yang merangkumi Esplanade Theatre Studio dan Esplanade Recital Studio.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >