Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN: Perniagaan dari rumah kembali sibuk...

'Tebar sayap' untuk jual di portal online, wadah Shopee

Apr 14, 2021 | 05:30 AM



PEMILIK perniagaan di rumah Queensbake, Cik Siti Norafidah Mohd Mislan, berharap dapat mencapai paras penjualan biskut Raya yang sama tinggi dengan tahun lalu, yang merupakan penjualan tertinggi baginya sejauh ini.



Beliau telah menerima tempahan sejak awal bulan lalu, dan setakat ini telah mencapai 60 peratus penjualan yang disasarkan.



Berbeza daripada tahun lalu apabila Cik Siti Norafidah, 33 tahun, menawarkan biskut tart Nutella melalui media sosial seperti Instagram dan Facebook, kali ini beliau turut mendaftar untuk menawarkan produknya di bazar dalam talian melalui portal Bazaar-Kita.sg.



Bazar anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Wisma Geylang Serai (WGS) itu antara lain bekerjasama dengan wadah e-dagang Shopee untuk membolehkan perniagaan menawarkan produk dan perkhidmatan mereka.



Cik Siti Norafidah berkata beliau telah mula membuka tempahan di Shopee mulai awal bulan ini, dan berharap wadah itu dapat membawa masuk baki 40 peratus penjualan yang beliau sasarkan.



"Saya sudah menutup tempahan melalui Facebook dan Instagram, supaya saya dapat memberi peluang kepada pelanggan yang menggunakan Shopee. Ini kerana di Shopee, saya dapat menjangkau ke lebih ramai pelanggan, bukan sahaja orang Melayu.



"Tetapi saya tidak dapat membuka tempahan terlalu lama di Shopee, jadi mungkin saya akan menutupnya hujung minggu ini.



"Kalau saya lambat tutup, saya takut saya tak sempat pula untuk memenuhi tempahan pelanggan.



"Di Queensbake, kami lebih mengutamakan mutu daripada kuantiti," kata ibu dua anak itu yang dibantu suaminya untuk menyiapkan tempahan pelanggan.



Cik Siti Norafidah berkata perniagaannya yang ditubuhkannya sejak 2013 itu mencatatkan penjualan Raya paling tinggi tahun lalu, walaupun terdapat sekatan yang tidak membenarkan perniagaan makanan dari rumah untuk beroperasi buat sementara waktu semasa pemutus rantaian jangkitan (CB).



Ini menyebabkan beliau terpaksa memulangkan kembali wang bagi tempahan yang dibatalkan kepada pelanggan yang mencecah $1,000.



Namun apabila dibenarkan beroperasi semula, penjualannya meningkat, dan beliau berpendapat ini mungkin kerana pelanggan tidak dapat ke bazar di dalam negara atau di seberang Tambak untuk membeli kuih Raya.



Tahun ini, selain menjual biskut tart Nutella, Cik Siti Norafidah, yang menetap di Tampines, juga menjual brownie dan kek.



Beliau akan mula membuat biskut yang dipesan pelanggan untuk Hari Raya dalam masa beberapa hari akan datang, tetapi tidak terlalu awal supaya kesegarannya dapat bertahan hingga Hari Raya.



"Bagi saya, tidak mengapa kalau saya tidak dapat mencapai penjualan setinggi tahun lalu, kerana matlamat saya adalah untuk meluaskan perniagaan saya ke luar Facebook dan Instagram dengan memanfaatkan wadah Shopee.



"Wadah Shopee juga membantu melancarkan proses penjualan kerana pelanggan dapat membuat pilihan kuih dan penghantaran dengan mudah menerusi laman web.



"Saya membayangkan hubungan yang panjang dengan Shopee, bukan sekadar untuk penjualan semasa musim Raya sahaja. Saya yakin wadah ini dapat meningkatkan prestasi dan profesionalisme perniagaan di rumah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >