Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM AIDILFITRI

Teguh khidmat di barisan hadapan walau sarat mengandung

May 03, 2022 | 05:30 AM



KEADAAN diri yang sarat mengandung bukan hambatan baginya untuk terus berkhidmat dan menyumbang di barisan hadapan dalam usaha Singapura meloloskan diri dari cengkaman virus Covid-19.



Malah, semangat Cik Idayu Mustafa, 44 tahun, membantu pesakit Covid-19 terus membara selepas beliau sendiri dijangkiti virus tersebut Mac lalu dan perlu dirawat di hospital.



Tempoh tersebut meningkatkan kesedaran Cik Idayu - yang bertugas sebagai jururawat kanan di salah sebuah klinik Fullerton Health - tentang peranan penting yang dimainkan pekerja barisan hadapan sepertinya dalam menjaga kesejahteraan fizikal dan juga emosi pesakit.



"Apabila saya sendiri jadi pesakit, saya amat tersentuh melihat bagaimana jururawat lain berkhidmat kerana mereka cukup sensitif kepada keperluan pesakit yang begitu mengharapkan bantuan mereka.



"Selama saya bertugas, saya tidak sedar 'kuasa' sentuhan, senyuman, kata-kata positif dan keprihatinan yang diserlahkan kepada pesakit, dan ini meyakinkan saya untuk terus berkhidmat dalam bidang ini," katanya.



Menurut Cik Idayu, beliau dimasukkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas dan sakit dada seminggu setelah disahkan positif Covid-19, meskipun simptom lain seperti batuk dan sakit tekak beransur pulih.



Keadaan beliau yang hamil lima bulan itu turut membimbangkan doktor yang turut mempertimbangkan kesan jangkitan virus itu terhadap bayi yang belum lahir, kata Cik Idayu.



Meskipun perlu menguruskan pesakit Covid-19 di klinik hampir setiap hari sepanjang dua tahun pandemik, Cik Idayu hanya disahkan positif Mac lalu selepas anaknya yang berusia tiga tahun dijangkiti virus itu dari sekolah.



Katanya: "Sebenarnya selepas anak saya positif, memang saya jangka saya pun terjangkit kerana walaupun kita asingkan beliau bilik lain, tetap perlu menjaganya kerana beliau demam panas pada masa itu.



"Lepas sah positif itu, saya cuma bimbang tentang anak dalam perut saja, kerana saya tak tahu apa yang berlaku kepadanya."



Mujur imbasan yang dibuat doktor menunjukkan bayi lelaki dalam perutnya itu sihat dan dijangka lahir bulan depan.



Meskipun beliau dan suami serta tiga orang anaknya yang berusia tiga, tujuh dan sembilan tahun telah pulih dari Covid-19, Cik Idayu berkata beliau akan tetap berjaga-jaga supaya tidak dijangkiti lagi.



Melihat keadaan Singapura yang beransur pulih dan semakin bebas dari cengkaman Covid-19 - meskipun secara bertahap-tahap - dianggap sebagai satu pencapaian yang penting, terutama sekali bagi pekerja barisan hadapan sepertinya.



Namun, beliau akui belum bersedia untuk menghentikan langkah berjaga-jaga yang telah diamalkan sejauh ini.



Ini termasuk membuka pelitup muka semasa di luar serta berkumpul beramai-ramai.



Malah, Cik Idayu berkata beliau cukup gembira menyambut Hari Raya secara sederhana seperti mana yang telah terbiasa dilakukan pada dua tahun sebelumnya dan hanya akan berkunjungan ke rumah-rumah tertentu, termasuk rumah ibu bapa dan adik beradik sahaja.



Ini berbeza dengan sambutan mereka sekeluarga sebelum pandemik, di mana saudara mara akan berkumpul dan bergerak secara konvoi ke setiap rumah.



"Anggota keluarga saya yang lain juga masih berjaga-jaga dan tidak ada yang menyarankan agar kita berhimpun ramai-ramai sangat.



"Memang sekatan sudah dilonggarkan, tapi kita juga perlu ingat tentang golongan warga emas dan juga kanak-kanak yang biasanya lebih mudah terjejas oleh virus ini, jadi masih perlu berjaga-jaga," ujarnya sambil menambah beliau masih menggalakkan anggota keluarganya menjalani ujian pantas antigen (ART), terutama jika mula rasa tidak sihat.




"Apabila saya sendiri jadi pesakit, saya amat tersentuh melihat bagaimana jururawat lain berkhidmat kerana mereka cukup sensitif kepada keperluan pesakit yang begitu mengharapkan bantuan mereka. Selama saya bertugas, saya tidak sedar 'kuasa' sentuhan, senyuman, kata-kata positif dan keprihatinan yang diserlahkan kepada pesakit, dan ini meyakinkan saya untuk terus berkhidmat dalam bidang ini."
- Cik Idayu Mustafa, jururawat kanan di salah satu klinik Fullerton Health.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >