Tekad anak muda sertai syarikat pemula
LEBIH ramai peniaga khususnya golongan muda kini menyertai sektor pemula (startup) hasil sokongan padu bagi menyemarakkan sektor tersebut di sini.
Antara mereka ialah Encik Hafiz Kasman, yang membentuk firma pemula Kinobi, sebuah wadah digital mempercepat kerjaya.
Encik Hafiz, 29 tahun, meninggalkan pekerjaan sepenuh masa sebagai sekutu pembangunan di sebuah syarikat pemula.
Beliau mengasaskan Kinobi pada Oktober lalu bersama dua rakannya, Encik Benjamin Wong dan Encik Joshua Phua, yang turut berhenti kerja sepenuh masa.
Mereka antara peserta program Membina Perniagaan Skim Pengasas Syarikat Pemula SG yang diperkenalkan Enterprise Singapore (ESG).
Program Membina Perniagaan diumumkan Ogos lalu bagi memupuk usahawan yang beraspirasi tanpa pengalaman niaga untuk membina dan mengembangkan syarikat pemula inovatif.
Tentunya, bukanlah mudah bagi seseorang untuk meninggalkan kerjaya dan menceburi bidang perniagaan yang baru.
Tetapi berkat minat dan kesungguhan serta sokongan dari agensi setempat, peluang bagi golongan peniaga ini untuk meraih kejayaan kian cerah. Semoga berjaya.
Pelbagai individu dan personaliti mewarnai halaman akhbar ini setiap
hari, sepanjang minggu. Setiap personaliti melambangkan kisah
berbeza; yang mencerminkan ketabahan, kesungguhan dan kejayaan -
semuanya bertujuan menyuntik semangat dan sifat bangga dalam kalangan
pembaca. Dalam sajian personaliti yang kami laporkan, BH/BM
memilih seorang/sekumpulan yang paling meninggalkan kesan. pilihan Personaliti