Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tekad basmi rawatan tidak berasas dalam masyarakat

Aug 23, 2018 | 05:30 AM



KETIKA arwah nenek menghidap barah paru-paru, ada segelintir saudara-mara dan kenalan yang mengesyorkan pelbagai jenis rawatan, termasuk minum herba dan jus.



Malah, ada yang menjanjikan bahawa barah Allahyarhamah Ruhani Kusim itu boleh sembuh.



Meskipun niat mereka mahu membantu, kebanyakan cadangan yang dikemukakan tiada bukti saintifik.



Encik Muhammad Danish Massuryono, yang ketika itu berada di menengah empat, rasa kurang selesa.



"Seorang saudara memberitahu nenek supaya mencuba sesuatu rawatan itu dan menjanjikan kaedah itu boleh menghilangkan barah. Tapi saya beritahu mungkin cara itu tak begitu selamat kerana tiada bukti saintifik dan dia sudah memberi harapan palsu.



"Saya beritahunya bahawa kita tak sepatutnya berbohong kepada nyai, tapi dia menjawab 'Apa yang kau tau, kau bukan doktor'," ujar Encik Danish, 19 tahun.



Kejadian tersebut menjadi antara detik penting yang membakar semangatnya ingin menjadi doktor.



Selain itu, sifat suka membantu orang lain menjadi antara dorongan terbesar beliau memilih kerjaya tersebut.



"Bidang perubatan membolehkan saya menyatukan kedua-dua cinta saya terhadap membantu orang lain dan sains.



"Itu sebabnya saya memilih bidang ini," kata bekas pelajar Sekolah Sains dan Teknologi (SST) dan Maktab Rendah Anglo-Chinese (ACJC) itu.



Anak jurutera dan suri rumah tangga itu antara tiga siswa Melayu/ Islam yang berjaya mendapat tempat di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian (LKCMedicine) Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



"Sebagai doktor Melayu terutamanya, insya-Allah, saya rasa amat penting 'memerangi' wabak 'pseudosains' yang sangat ketara dalam masyarakat kita," ujarnya.



Beliau merujuk kepada kepercayaan atau amalan yang disalah anggap sebagai berdasarkan kaedah saintifik.



Permulaan perjalanannya mendalami dunia perubatan merupakan pengalaman yang sangat baik dan membuatnya rasa rendah hati.



Katanya, siswa lain hebat belaka dan menjadi pendorongnya agar terus berjuang, kata anak sulung dalam keluarga empat beradik itu.



Menyentuh perihal masa depan, Encik Danish berminat melakukan penyelidikan. Namun, beliau masih terbuka meneroka haluan lain dalam dunia perubatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >