SETELAH lebih setengah abad membangunkan jenamanya di Singapura, Pustaka Nasional (PN) mungkin terpaksa melabuhkan operasinya di sini.
Pengarah PN, Syed Ali Ahmad Semait, menerangkan bahawa keputusan pahit itu perlu diambil ekoran pasaran bagi karya cetak yang semakin mengecil di sini.