Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tekad harungi 'tempoh gelap' hingga dipilih ke OCS

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



Selepas gigih menjalani latihan selama 38 minggu di Sekolah Pegawai Kadet (OCS), seramai 353 pegawai kadet berjaya menerima pentauliahan sebagai pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) baru-baru ini. Antara mereka ialah dua anak Melayu - seorang daripadanya telah dinobat sebagai antara kadet terbaik, dengan menerima Pedang Kehormatan. BERITA HARIAN melaporkan.




SEWAKTU di politeknik, beliau bukanlah seorang pelajar yang cemerlang.



Pelajarannya hampir terjejas selepas mengalami kemurungan akibat masalah peribadi yang dihadapinya.



Namun, beliau mula sedar bahawa beliau perlu bangkit dari "tempoh gelap" tersebut dan selepas tamat pengajiannya dari Politeknik Temasek (TP), Leftenan Muda (2LT) Danial Ashraff Ismail mula meletakkan azam untuk mengubah nasib dirinya jika mahu berjaya dalam hidup.



"Sukar untuk saya memberikan tumpuan sepenuhnya pada sekolah hingga ia menjejas keputusan pelajaran saya.



"Selepas menjalani program bekerja sambil belajar di sebuah bank tempatan, saya mulai sedar bahawa saya perlu menguruskan diri saya dengan lebih baik," ujarnya.



Dengan semangat tersebut, 2LT Danial, 21 tahun, memulakan perkhidmatan negara (NS) dengan tekad mahu melakukan yang terbaik.



Beliau menyifatkan latihan yang dijalani sebagai anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sebagai antara titik permulaan perubahan dirinya.



Meskipun mencabar, beliau berkata latihan tersebut telah membantu memupuk disiplin dan sikap bertanggungjawab dalam dirinya.



Berkat ketekunannya sewaktu Latihan Ketenteraan Asas (BMT), beliau telah dipilih untuk meneruskan latihan di Sekolah Pegawai Kadet (OCS) - sesuatu yang tidak beliau sangkakan sebelum itu.



"Memang sukar untuk percaya bahawa saya dipilih untuk menyertai latihan OCS dan oleh itu saya telah memberitahu mereka mungkin mereka telah melakukan kesilapan dengan meletak nama saya.



"Pada mulanya ia merupakan satu kejutan budaya untuk beralih dari BMT ke OCS. Namun, lama-kelamaan saya memberitahu diri saya mungkin terdapat hikmahnya dan ini yang terbaik," tambah beliau.



Di situ, beliau juga meraih pengalaman membangunkan kemahirannya sebagai pemimpin.



Kecekalan 2LT Danial mengharungi pelbagai cabaran sepanjang latihan untuk menjadi pegawai SAF akhirnya membuahkan hasil setelah tampil sebagai salah seorang penerima Pedang Merit OCS.



Beliau yang dikerahkan ke unit pengangkutan berkata: "Ia merupakan satu pengiktirafan besar bagi saya dan memberi saya keyakinan untuk memimpin anggota di bawah kerahan saya.



"Saya berharap dapat menjadi seorang pemimpin yang baik dengan menyampaikan nasihat yang berguna dan memberikan bantuan kepada mereka jika diperlukan. Sebagai pemimpin, kebajikan anggota NSF yang saya kendalikan menjadi keutamaan."



Anak ketiga dalam kalangan tiga beradik itu meluahkan penghargaan beliau terhadap keluarga serta rakan-rakan yang rapat.



"Mereka tidak putus memberi saya kata-kata semangat dan dorongan sepanjang saya menjalani latihan.



"Mereka memainkan peranan besar dalam hidup saya.



"Saya tidak dapat kecapi kejayaan ini tanpa mereka," ujarnya.




"Ia merupakan satu pengiktirafan besar bagi saya dan memberi saya keyakinan untuk memimpin anggota di bawah kerahan saya. Saya berharap dapat menjadi seorang pemimpin yang baik dengan menyampaikan nasihat yang berguna dan memberikan bantuan kepada mereka jika diperlukan. Sebagai pemimpin, kebajikan anggota NSF yang saya kendalikan menjadi keutamaan ."
- Leftenan Muda (2LT) Danial Ashraff Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >