Tekad hidupkan irama tradisional
Bermula daripada majlis perkahwinan, Sinar Fusika kini giat martabatkan lagu Melayu
Aug 12, 2019 | 05:30 AM
SIAPA sangka, panggilan bagi membuat persembahan oleh salah seorang kawan menjadi titik permulaan penubuhan kumpulan Sinar Fusika.
Menurut pengurus kumpulan ini, Cik Nur Liyana Zainal Abidin, 35 tahun, persembahan pada majlis perkahwinan abang kawan mereka itu disangka hanya buat sekali pusingan sahaja.