Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Tekad kuat kekang barah serviks di S'pura

Pakar perbidanan dan sakit puan mahu kaum wanita sedar penyakit itu boleh dicegah melalui ujian awal sama seperti yang diamal di United Kingdom
Dec 30, 2021 | 05:30 AM



SEMUA wanita Singapura boleh menggelak daripada menjadi mangsa barah serviks.



Itulah impian Dr Ida Ismail-Pratt, pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Hospital Mount Elizabeth Novena.



Bagi Dr Ida, beliau berasa amat terkejut barah serviks adalah di antara penyakit barah paling lazim di Singapura pada 2013.



Ketika itu, Dr Ida baru sahaja pulang ke Singapura dan bertugas sebagai seorang konsultan dan ketua dalam bidang ginekologi, pemeriksaan dan pencegahan barah di Hospital Universiti Nasional (NUH).



Sebelum itu, Dr Ida mendapat latihan dan bekerja dalam bidang O&G di Scotland, United Kingdom (UK) selama 15 tahun.



Menurut beliau, sebelum itu, jarang sekali beliau menemui pesakit yang mengalami penyakit barah serviks.



"Wanita di UK jarang sekali mengalami penyakit barah serviks kerana sering melakukan pemeriksaan secara berkala untuk barah serviks.



"Ia sudah menjadi kebiasaan bagi wanita-wanita di UK untuk seringkali melakukan ujian saringan dan ini menyebabkan penyakit barah serviks jarang mereka hidapi.



"Di Singapura pula, saya berasa amat terkejut apabila saya merawat sekurang-kurangnya seorang pesakit barah serviks setiap dua minggu," kata Dr Ida.



Pengalamannya di UK membuatnya bertekad untuk memperjuangkan beberapa inisiatif bagi mengekang barah serviks di Singapura.



Di antara inisiatifnya untuk mengekang barah serviks termasuk memperkenalkan penggunaan ujian DNA papiloma virus manusia atau Human Papillomavirus (HPV) sebagai alternatif bagi pemeriksaan barah serviks pada 2014.



Dr Ida juga aktif dalam program jangkauan yang melibatkan penubuhan kurikulum untuk program latihan asas bagi jururawat menjalankan ujian serviks, 'National Nurse Basic Cervical Smear' dan program latihan 'Train the Community Nurse' yang pertama dengan kerjasama Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).



Di bawah pimpinan Dr Ida, NUH menjadi hospital pertama memperkenalkan pemeriksaan utama bagi HPV di Singapura.



Dengan pelbagai inisiatif bagi mengekang barah serviks di Singapura, kini, pesakit yang mengalami barah serviks sudah berkurangan.



"Selepas lima tahun, kami mendapati bahawa ada peningkatan diagnosis barah serviks sebanyak kira-kira 37 peratus.



"Ini bermakna kira-kira 40 peratus wanita di Singapura telah diselamatkan daripada barah serviks berbanding pada 2014," kata Dr Ida yang juga Penasihat Perubatan Khas untuk Perikatan Singapura bagi Tindakan Aktif Terhadap Papilomavirus Manusia (A4HPV).



Beliau juga memainkan peranan penting dalam mengemas kini Program Pemeriksaan Barah Serviks Kebangsaan Singapura untuk menggabungkan pemeriksaan utama HPV yang dilancarkan pada Mei 2019.



"Kesedaran adalah kunci untuk pencegahan awal dan penting bagi setiap orang melindungi diri mereka melalui vaksin HPV, melakukan ujian pap smear dengan kerap serta saringan HPV.



"Penyakit barah tidak mengenal usia. Ia bersangkutan dengan gaya hidup.



"Hampir semua kes barah serviks disebabkan oleh HPV, sama seperti virus selesema dan boleh menjangkiti kaum lelaki dan wanita.



"HPV terutamanya dijangkiti melalui aktiviti seksual. Pemeriksaan secara berkala dapat mengesan sel prabarah serviks kerana jangkitan HPV dapat dikesan lebih awal untuk rawatan," tambahnya.



Dr Ida turut menekankan bahawa ramai wanita, terutama daripada golongan muda berpendapat bahawa virus HPV serta barah serviks tidak akan berlaku kepada mereka.



"Memang sungguh hebat jika anda sering menjalani gaya hidup sihat dan hanya mempunyai seorang pasangan seksual.



"Ini mungkin bermakna risiko barah serviks anda rendah, namun anda masih perlu menjalani ujian pap smear dan jangan mempunyai salah tanggapan bahawa anda tidak mempunyai risiko," ujarnya.



Beliau mengesyorkan wanita berusia 25 hingga 29 tahun menjalani ujian pap smear setiap tiga tahun, dan mereka yang berumur 30 tahun ke atas harus melakukannya setiap lima tahun.



Kini, A4HPV bertujuan untuk membuat kajian meninjau sikap kesihatan, tabiat, dan tingkah laku memahami kesihatan wanita Melayu berkaitan HPV dan penyakit barah serviks.



Penyakit barah serviks lebih biasa menjejas wanita Melayu dan masih di antara penyakit barah paling lazim di tangga ketujuh, berbanding masyarakat Cina dan India.



Kajian ini merupakan sebahagian usaha A4HPV untuk membangunkan rancangan bertindak selama tiga tahun.



Di antara rancangan bertindak akan datang termasuk meningkatkan kesedaran warga Singapura mengenai barah serviks, program perintis menjalani ujian DNA HPV sendiri dan menggalakkan lebih ramai lagi wanita mengambil ujian saringan barah serviks bersubsidi di bawah inisiatif pemeriksaan kesihatan sepanjang hayat atau Pemeriksaan Kesihatan Demi Kehidupan (SFL) oleh HPB.



Di bawah SFL, rakyat Singapura ditawarkan ujian saringan untuk menggalakkan lebih ramai warga Singapura yang layak menjalani pemeriksaan kesihatan secara tetap dan mengambil tindakan susulan di klinik-klinik doktor swasta (GP) atau di poliklinik di bawah Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas).



"Warga Singapura terutama sekali golongan muda harus menukar pemikiran mereka, mementingkan kesihatan dan mengambil peluang untuk melakukan ujian-ujian saringan bersubsidi yang telah disediakan untuk mereka.



"Pihak pemerintah telah memberikan subsidi yang tinggi untuk warga Singapura dan mereka hanya perlu membayar $23.50 di poliklinik untuk menjalani ujian barah serviks," tambah Dr Ida.



Ujian saringan bersubsidi di bawah SFL termasuk ujian saringan risiko kardiovaskular, kegemukan, kencing manis, darah tinggi, serta barah tertentu seperti serviks, kolorektal dan buah dada.




 "Wanita di UK (United Kingdom) jarang sekali mengalami penyakit barah serviks kerana sering melakukan pemeriksaan secara berkala untuk barah serviks.

Ia sudah menjadi kebiasaan bagi wanita-wanita di UK untuk seringkali melakukan ujian saringan dan ini menyebabkan penyakit barah serviks jarang mereka hidapi.

Di Singapura pula, saya berasa amat terkejut apabila saya merawat sekurang-kurangnya seorang pesakit barah serviks setiap dua minggu."

- Dr Ida Ismail-Pratt, pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Hospital Mount Elizabeth Novena.




 Infografik: APA YANG PERLU ANDA KETAHUI MENGENAI PEMERIKSAAN KESIHATAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >