Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tekad pekerja sosial bantu pesalah punyai isu ketagihan

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



Sempena Minggu Perkhidmatan Awam, majlis penyampaian anugerah Transformasi Sektor Awam (PST) diadakan semalam. Ia bertujuan mengiktiraf pegawai dan agensi awam atas kecemerlangan dalam kerja mereka dan amalan pertubuhan. Tahun ini, terdapat 84 pemenang anugerah PST merentas 11 kategori. BERITA HARIAN (BH) mengetengahkan kisah dua penerima anugerah ini yang berkongsi pengalaman mereka dalam sektor awam.



SETELAH tamat pengajiannya di universiti 15 tahun lalu, Cik Norriyanah Omar berkhidmat sebagai pekerja sosial perubatan di mana beliau terdedah dengan ramai pesakit yang ketagih dengan alkohol.



Dari situ, timbul dorongan menangani isu ketagihan dan beliau memutuskan berpindah ke Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) pada 2009 dengan harapan dapat berinteraksi pula dengan pesalah yang berdepan dengan isu ketagihan dadah.



Bermula sebagai seorang pakar pemulihan pembetulan (CRS) yang peranannya ibarat seorang kaunselor, Cik Norriyanah timba pengalaman luas termasuk menerusi khidmatnya di Penjara Wanita Changi serta Pusat Pemulihan Dadah.



Kini, beliau telah mendaki tangga kerjaya dan merupakan seorang Penolong Pengarah (Campur Tangan) SPS, Komand Pemulihan Masyarakat (COMC) yang antara peranannya adalah melatih dan membimbing CRS lain.



Baru-baru ini, wanita berusia 37 tahun itu diiktiraf dengan Anugerah SkillsFuture Contoh @ Khidmat Awam di majlis penyampaian Anugerah Transformasi Sektor Awam (PST).



Anugerah ini mengiktiraf pegawai contoh yang telah mencerminkan semangat pembelajaran dan meningkatkan kemahiran yang berterusan bagi diri mereka dan orang lain.



Meluahkan penghargaannya, Cik Norriyanah berkata:



"Saya rasa rendah hati kerana saya tahu sebenarnya ramai orang dalam pasukan saya ataupun SPS juga layak untuk anugerah ini kerana mereka juga sentiasa mempertingkat kemahiran. Sekitaran saya benar-benar membantu dan memberi saya inspirasi... anugerah ini satu peringatan kepada saya betapa pentingnya untuk terus mempertingkat diri."



Sewaktu perjalanan kerjayanya, Cik Norriyanah melanjutkan pelajarannya pada 2016 untuk menceburi Sarjana dalam Kerja Sosial di Universiti Nasional Singapura (NUS) secara sambilan.



Pengetahuannya membantu beliau menyesuaikan diri dan menyumbang kepada pelbagai aspek kerja pembetulan seperti pemulihan dadah dan pembetulan masyarakat.



"Tentunya akan sentiasa terdapat perkara yang anda tidak tahu. Justeru ia tanggungjawab peribadi, tanggungjawab kepada klien anda untuk mempertingkat kemahiran agar ia menjadi suatu yang berguna buat mereka. Memandangkan saya juga memimpin pasukan dan menyelia orang lain, saya juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan dan melengkapi diri saya dengan kemahiran terkini," ujar ibu dua anak itu.



Selain itu, beliau turut melibatkan diri dalam Persatuan Kaunselor Profesional Penyalahgunaan Bahan (Apsac) yang membolehkannya membimbing pesalah dalam perjalanan pemulihan dan integrasi semula mereka dengan lebih berkesan.



Di samping itu, Cik Norriyanah penyelia praktikum kerja sosial terdaftar di NUS dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Berkongsi apa yang terus mendorong beliau untuk kekal dalam bidang ini, wanita itu berkata ia adalah apabila beliau dapat melihat perbezaan positif dalam sikap pesalah yang diurusnya dan juga apabila pasukan CRS yang beliau bimbing rasa sokongan daripadanya sebagai seorang pemimpin.



Sebagai seseorang yang berkhidmat dalam sektor kerja sosial, Cik Norriyanah akui ia memerlukan kesabaran, ketabahan dan juga minat.



"Pekerjaan ini mengajar saya ia penting untuk mempunyai kepercayaan terhadap orang lain. Pekerjaan ini amat memuaskan kerana ia turut membantu membina sikap saya secara peribadi," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >