DUA muka baru yang bakal bertanding di GRC Nee Soon dalam pilihan raya yang bakal menjelang datang daripada latar belakang yang berbeza tetapi tekad mereka tetap satu - menjadikan GRC tersebut sebagai tempat yang menarik dan selesa untuk didiami serta penduduk hidup sejahtera dalam suasana dan prasarana serba serbi mencukupi.
Encik Louis Ng, 36 tahun, dikenali ramai sebagai aktivis yang memperjuangkan hak haiwan untuk disayangi dan hidup bebas di muka bumi.