Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN Z

Tekad siswazah SMU bimbing pelajar lain berjaya

Walaupun sibuk menimba ilmu, mereka aktif menyumbang kepada masyarakat. Berita Harian menemuramah dua graduan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang berjaya meraih kelulusan tertinggi Summa Cum Laude.
Aug 05, 2022 | 05:30 AM



KESUNGGUHAN Encik Muhammad Asyraf Jamil untuk berjaya bukan hanya untuk kebaikan dirinya tetapi juga didorong hasrat membantu pelajar lain mencapai kemajuan akademik.



Encik Asyraf berjaya meraih kelulusan tertinggi Summa Cum Laude dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Sosiologi dan Sains Politik), selepas empat tahun menuntut di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



Minat beliau dalam penyelidikan pasaran mula tercetus semasa menuntut di Politeknik Ngee Ann dalam bidang Pengiklanan dan Perhubungan Awam. Ia mendorongnya mengambil jurusan Sains Komputer.



Malah apabila di SMU, Encik Asyraf mengambil kursus pengenalan untuk tiga jurusan utama iaitu sosiologi, psikologi dan sains politik.



"Pada masa itu, saya sedar terdapat lebih banyak penyelidikan daripada hanya penyelidikan pasaran. Jadi saya fikir adalah lebih baik untuk mengembangkan pemahaman saya dalam sosiologi dan sains politik," dedah Encik Asyraf



Anak kedua antara tiga beradik itu, adalah pertama dalam keluarganya yang berjaya meraih ijazah menara gading.



"Keluarga saya memberi saya banyak sokongan supaya saya dapat tumpukan masa saya kepada pembelajaran saya. Kejayaan ini juga bermakna untuk ibu bapa saya yang membuat banyak pengorbanan demi ijazah ini," tambah Encik Asyraf.



Pengalaman Encik Asyraf di SMU mencabar beliau supaya keluar dari zon selesanya semasa di seminar dan perbincangan bersama rakan sekelas dan profesor. Ini berbanding pengalamannya semasa di politeknik yang lebih berdiam diri.



"Ini semua dengan sokongan profesor berdedikasi yang bermurah hati membimbing saya," ujar Encik Asyraf, 25 tahun.



Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah mewakili kelas semasa membentangkan penemuan kumpulannya kepada pihak luar iaitu Mediacorp.



Pembentangan itu adalah sebahagian daripada modul SMU-X yang beliau jalankan untuk pelajaran statistik pengenalan.



Sebagai seorang pemalu, beliau tidak pernah membayangkan berada di atas pentas untuk membuat persembahan kepada rakan sebaya dan juga pelanggan luar. Sebelum wabak Covid-19, Encik Asyraf banyak menghabiskan masa di perpustakaan sekolah untuk belajar dan menyiapkan semua tugasan yang diberikan.



Beliau suka bertemu dengan rakan-rakannya dan mengimbangi masa dengan tugasan sekolah.



Sokongan dari rakan sekolah memastikan bahawa beliau tidak menghadapi sebarang keletihan dari tugasan sekolah.



Untuk projek tesis Sosiologi pada akhir tahunnya, Encik Asyraf mengkaji masyarakat Melayu Singapura.



Beliau memilih mengkaji pengalaman pendidikan dan laluan pelajar universiti Melayu.



Dapatan tesis itu terus mendorong beliau untuk membantu pelajar lain mencapai kelayakan akademik yang baik.



Dengan kecemerlangan beliau dalam medan akademik, Encik Asyraf menyumbang balik kepada masyarakat setiap Jumaat di Pusat Komuniti Cahaya.



Semasa sesi kesukarelawanannya, beliau menanam semangat untuk belajar sambil menjaga kesejahteraan sosial emosi pelajar di pusat komuniti itu.



"Ia hanya mengambil dua jam dari waktu saya dalam seminggu. Saya berbesar hati menjadi seorang abang kepada pelajar dan membimbing mereka apabila mereka perlukan bantuan".



Encik Asyraf tidak menyangka akan sampai ke tahap ini dalam perjalanan pendidikannya. Ini kerana beliau tidak pernah menetapkan matlamat untuk berjaya dalam akademik seperti mendapat gred yang baik.



Kini Encik Asyraf bekerja sebagai Eksekutif dalam pasukan Hal Ehwal Awam di Institut Kajian Dasar (IPS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >