Tekad untuk berubah demi keluarga, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Tekad untuk berubah demi keluarga

Jul 14, 2021 | 05:30 AM

PADA usia 18 tahun, Siti (bukan nama sebenar) diajak mengambil dadah bersama kakaknya yang berusia 10 tahun lebih tua.

Beliau mengambil dadah kerana rasa kecewa.

Sejak itu, beliau sedaya upaya cuba untuk keluar daripada dunia itu, termasuk menggalak kakaknya agar tidak pulang ke tabiat buruknya.

Namun ketika menjalani pemulihan buat pertama di DRC (Pusat Pemulihan Dadah) antara Januari dengan Ogos 2019 pada usia 22 tahun, satu kemalangan teruk yang menimpa ayahnya hingga menyebabkan bapanya tidak berupaya bergerak dan bercakap lagi.

Berikutan kemalangan itu, Siti menjadi pencari nafkah utama bagi ibu, nenek dan anak perempuan kakaknya yang kini sudah berusia 16 tahun.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Biarpun kejadian itu membawa kesan mendalam kepada kehidupannya, Siti yang kini berusia 24 tahun, berkata tanpa sokongan dari teman dan juga pembimbing daripada Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah), beliau rasa beliau tidak dapat kembali ke pangkuan masyarakat.

"Saya bukan nak menyalahkan orang lain atau beri alasan atas kesalahan saya sendiri, tapi saya ambil dadah sebab saya terkesan melihat orang yang dekat dengan saya - iaitu kakak saya - ambil dadah. Jadi apa yang bagus sangat dengan dadah itu saya nak cuba. Saya nak lihat dan rasakan sendiri, kenapa ia susah sangat untuk kakak saya buang tabiat itu," kata Siti yang kini bekerja dalam bidang logistik bersama kakaknya.

Semasa Siti menjalani pemulihan di DRC, beliau menjalani program Thinking 4 Change yang menawarkan bantuan mempertingkat kemahiran serta kaunseling untuknya membina matlamat baru agar dapat menyumbang kepada keluarganya.

Anak bongsu dalam keluarga tiga anak itu mempunyai sijil Nitec Lanjutan dalam bidang optisianri (juruoptik).

Beliau ditawar pekerjaannya sekarang semasa menjalani pemulihan. Kakaknya, 34 tahun, merupakan rakan sekerjanya.

Siti turut menerima bantuan kaunseling, baucar barang keperluan dan surat rujukan bagi bantuan kewangan dan bimbingan agama dari masjid Darul Ghufran menerusi Fitrah - salah satu rakan kerjasama di dalam Rangkaian Tindakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah (Care Network).

"Bila saya keluar saya tengok bapa saya dalam keadaan itu saya perlu ambil lebih tanggungjawab untuk menjaga keluarga saya. Bukan senanglah untuk menjaga mereka, lebih lagi umur mereka semakin meningkat. Jadi semasa mereka (Fitrah) beri bantuan kewangan dan sokongan emosi, ia benar-benar dapat membantu sayalah sedang saya berusaha untuk berubah," kata Siti.

Ayahnya yang sekarang berusia 60 tahun dan kini berada dalam penjagaan sepenuh masa di rumah jagaan warga emas.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map