Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PARLIMEN

Tekanan atas akhbar bahasa vernakular akan jejas fabrik berbilang bangsa di SG

Mutu, jumlah edaran akhbar SPH juga akan merosot tanpa pelaburan berterusan
May 11, 2021 | 05:30 AM

TEKANAN yang dihadapi akhbar bahasa vernakular akan menjejas fabrik berbilang bangsa masyarakat Singapura, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran.

Semasa membentangkan Kenyataan Menteri di Parlimen semalam, Encik Iswaran berkata mutu dan jumlah pengedaran akhbar Singapore Press Holdings Limited (SPH) akan merosot tanpa pelaburan berterusan dalam pembangunan keupayaan dan peralihan digital.

Ini akan memburukkan keadaan kewangan dan menyebabkan pelaburan negatif.

Akibatnya, akhbar bahasa vernakular, yang sesetengahnya mempunyai jumlah pengedaran yang kecil, akan merasakan tekanannya.

"Inilah gambaran serius yang boleh kita alami sekiranya kita tidak bertindak sekarang dan mengambil langkah proaktif.

"Tanpa media setempat yang bertanggungjawab dan bermutu tinggi, mutu perbahasan dan perbincangan awam kita akan terjejas dan kita... akan menjadi kurang bersatu sebagai sebuah masyarakat.

"Dengan itu, pemerintah harus mengambil pandangan jangka panjang serta mengambil langkah untuk menjamin kemampanan media setempat," ujarnya.

Beberapa Anggota Parlimen turut menyuarakan keprihatinan mereka tentang usaha terus menyokong dan memelihara akhbar bahasa vernakular.

Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) bertanya sama ada usaha memelihara Berita Harian dan akhbar bahasa vernakular lain akan menjadi syarat jelas bagi pembiayaan pemerintah.

Sekiranya pembiayaan diberi oleh sumber lain, beliau juga ingin tahu sama ada terdapat mekanisme untuk memastikan akhbar bahasa vernakular akan terus dipelihara.

Cik Nadia Samdin (GRC Ang Mo Kio) pula bertanya sama ada pembiayaan pemerintah itu akan termasuk sokongan bagi akhbar bahasa vernakular meneruskan transformasi digital mereka dan memastikan terus terdapat pilihan serta kepelbagaian dalam landskap media Singapura.

Encik Iswaran berkata adalah amat penting akhbar bahasa vernakular ini terus menjadi sebahagian penting operasi media syarikat berhad dengan jaminan atau company limited by guarantee (CLG) yang diusul dibentuk SPH.

"Media bahasa vernakular merupakan sebahagian penting media berita di Singapura kerana suara yang diberikannya kepada masyarakat yang berbeza, tanpa mengira saiznya. Ini sesuatu yang kita hargai dan pupuk selama ini, bukan sesuatu yang kita mahu kehilangan. Oleh itu pastinya dalam peralihan ini, kami akan memastikan bahawa komitmen kepada media bahasa vernakular ini akan berterusan," ujarnya.

Meskipun adalah penting untuk memastikan akhbar bahasa vernakular terus menjadi sebahagian penting operasi media CLG, beliau berkata pemerintah tidak dapat menjawab bagaimana ia akan dilakukan.

"Ini bukan soalan yang harus dijawab pemerintah. Ini harus dikemukakan kepada pihak pengurusan dan lembaga dan mereka harus memberitahu kami idea mereka... dan dengan konteks itu, apa yang boleh dilakukan pemerintah untuk menyokong mereka," kata Encik Iswaran.

Sementara itu, Cik Tin Pei Ling (MacPherson) menarik perhatian bahawa keupayaan dwibahasa dapat membantu warga Singapura terus terhubung dengan budaya bahasa ibunda mereka dan juga penting secara strategik bagi Singapura merapatkan jurang budaya dan ekonomi.

Oleh itu, adalah penting untuk memastikan piawaian tinggi akhbar bahasa vernakular, tambahnya.

Menjawab soalan Cik Nadia yang turut bertanya apakah kesan penyusunan semula itu pada kehidupan dan mata pencarian kakitangan SPH, Encik Iswaran berkata tiada pemberhentian pekerja yang dirancang.

"Kami ingin membina lagi keupayaan yang ada dan meninjau bagaimana kita boleh menarik bakat baru," ujarnya.

Infografik: MENYUSUN SEMULA PERNIAGAAN MEDIA SPH

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3