Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Teknisyen dipenjara 31 tahun eksploitasi 20 mangsa

Dec 06, 2022 | 05:30 AM



SEORANG teknisyen berusia 34 tahun, yang telah membuat ancaman kepada sekurang-kurangnya 14 budak perempuan dengan memberitahu mereka, dia akan edarkan video bogel mereka serta mempengaruh lima mangsa untuk lakukan hubungan seks, dihukum penjara 31 tahun dan dikenakan 24 sebatan semalam.



Warga China Lin Rongxin, bapa seorang anak lelaki dan sudah berumahtangga, juga telah mengancam tiga mangsanya untuk membuat rakaman secara sulit wanita dan budak perempuan lain yang sedang mandi atau bersalin baju, lapor The Straits Times.



Sewaktu hukuman dijatuhkan semalam, hakim Mahkamah Tinggi Hoo Sheau Peng, menganggap Lin sebagai seorang pelaku seksual kejam yang bukan sahaja membahayakan hidup 20 mangsanya, namun juga keluarga mereka.



Hakim Hoo berkata kes tersebut adalah satu peringatan nyata terhadap kekerapan penggunaan teknologi dalam melakukan jenayah yang lebih sering berlaku, dan hukumannya itu adalah satu isyarat kepada bakal pesalah lain bahawa undang-undang negara tidak mempunyai sebarang toleransi kepada mereka yang menyalahgunakan teknologi untuk menjadikan orang terdedah sebagai mangsa.



"Ia satu harapan bagi saya agar para mangsa akan mendapatkan sedikit sebanyak penutupan dengan keputusan kes ini," kata beliau.



Lin mengaku bersalah pada 28 November atas tiga tuduhan merogol tiga mangsa, tiga tuduhan ugutan jenayah kerana mengancam menerbitkan gambar dan video bogel tiga mangsanya, dan satu tuduhan menghasut seorang mangsa membuat rakaman secara sulit rakan flatnya ketika mereka sedang mandi.



Lagi 57 tuduhan ditimbangkan semasa penghukuman.



Dengan menggunakan pelbagai persona palsu, Lin mengendalikan satu skim "sextortion" atau peras ugut bagi seks.



Dengan menggunakan identiti palsu sebagai seorang budak 19 tahun bernama Lin Zhi Xuan, dia menghasut dan menipu budak-budak perempuan berusia antara 14 dengan 19 tahun untuk menghantar gambar dan video pecah lucah kepadanya.



Selepas menerima foto dan video berkenaan, dia membuat ancaman kepada mangsa agar mereka memberinya wang atau melakukan beberapa hubungan seks.



Sekurang-kurangnya lima mangsa dipaksa melakukan perbuatan seks sambil dirakam untuknya, manakala tujuh lagi mangsa menolak permintaan itu dan menghalangnya daripada menghubungi mereka.



Lin juga meminta agar mangsa melakukan seks bersama seorang lagi lelaki bernama "Huang Yi", yang sebenarnya adalah dirinya sendiri.



Selepas melakukan seks bersama mangsa, dia menipu mereka dengan menawarkan bantuan untuk menyelesaikan ancaman yang dilakukan individu yang telah mengugut mereka.



Tiga daripada perempuan yang tidak sedar akan skim penipuan Lin mempunyai hubungan bersamanya dan melakukan seks bersamanya dalam kejadian-kejadian lain.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >