Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teknisyen SMRT mati, seorang lagi cedera apabila bicu kereta 'terlepas'

Jun 09, 2021 | 04:37 PM



SEORANG teknisyen SMRT terbunuh dan seorang lagi cedera apabila bicu kereta yang menyokong sebuah bas yang sedang mereka perbaiki 'terlepas' pada pagi Ahad (6 Jun).



Polis memberitahu akhbar The Straits Times mereka menerima panggilan telefon sekitar 9.40 pagi pada 6 Jun, meminta bantuan di 6 Ang Mo Kio Street 62, iaitu alamat depoh bas Ang Mo Kio SMRT.



Seorang lelaki 44 tahun yang sedarkan diri digegaskan ke hospital, jelas jurucakap itu lagi.



Seorang lagi lelaki 43 tahun yang tidak sedarkan diri kemudian meninggal dunia di hospital kerana impak kecederaannya. 



Polis mengatakan siasatan terhadap kes ini sedang dijalankan.



Antara Januari dengan April tahun ini, terdapat 14 kematian di tempat kerja.



Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dua teknisyen ini dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat di Yishun.



Salah seorangnya mengalami kecederaan kepala yang serius manakala yang satu lagi mengadu dadanya sakit.



Difahamkan lelaki kedua sudah pun dibenarkan pulang dari hospital.



SMRT belum lagi memberi respons kepada media mengenai kejadian ini.



Ini adalah kematian tempat kerja kedua bagi SMRT dalam tempoh dua tahun. Pada Mac 2020, salah seorang pegawai teknikalnya, Encik Muhammad Afiq Senawi, 30 tahun, meninggal dunia di Depoh Bishan. Palang besi seberat lima kilogram daripada peralatan berat menghempap mukanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >