Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Teknologi dimanfaat di Pusat Kuarantin Haiwan baru di Jalan Lekar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Teknologi dimanfaat di Pusat Kuarantin Haiwan baru di Jalan Lekar

Nov 26, 2021 | 06:36 PM

SEBUAH pusat baru telah dibuka di Jalan Lekar, berdekatan kawasan antara Choa Chu Kang dan Jalan Bahar,  untuk mengkuarantin kucing dan anjing yang baru tiba di Singapura untuk mengelak daripada penularan penyakit yang berpunca daripada haiwan-haiwan ini.

Pusat Kuarantin Haiwan yang dikendalikan Khidmat Haiwan dan Veterinar (AVS), Lembaga Taman Negara (NParks) itu dirasmikan pada Jumaat (26 Nov) oleh Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How.

 

Pusat tersebut merupakan komponen penting dalam usaha pemantauan bio AVS untuk menghalang penyakit berkaitan haiwan merebak di Singapura.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, AVS berkata, teknologi yang boleh mengesan patogen dalam persekitaran kandang anjing dan kucing telah dipasang, dan pensampelan udara akan kerap dilakukan untuk mengenal pasti dengan cepat kehadiran penyakit pernafasan yang merebak dengan cepat melalui udara, seperti influenza anjing dan kucing.

AVS juga akan menggunakan tag kolar pintar (smart collar tags) bagi haiwan yang layak menjalani kuarantin di rumah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3