Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teknologi graviti NSRCC jimat ruang

Sep 19, 2019 | 08:22 PM



 



OLEH kerana perluasan Lapangan Terbang Changi dan kerja-kerja pembinaan jalan raya, sebahagian kawasan yang digunakan sebuah kelab bagi anggota perkhidmatan negara di sana perlu dikembalikan kepada negara.



Dengan baki tanah, hanya terdapat ruang yang cukup untuk membina semula padang golf sembilan lubang dan ruang latihan golf atau driving range.



Menggunakan idea daripada kajian di Amerika Syarikat dan Korea Selatan, National Service Resort & Country Club (NSRCC) memulakan rancangan membina driving range yang memanfaatkan ruang dan teknologi.



Kemudahan Sky Range NSRCC Changi yang dirasmikan baru-baru ini menawarkan khidmat latihan golf dalam sebuah bangunan bertingkat. Sekali pandang ia memberi pengalaman berlatih golf di angkasa.



Bagi driving range tradisional, ruang latihan sering kali merupakan padang yang luas.



Tetapi ruang latihan Sky Range adalah jaring yang dipasang di atas ruang tempat letak kereta. 



Pengguna memukul bola golf yang kemudian jatuh di atas jaring. Bola kemudian akan mengikut graviti ke arah alat mengumpul bola secara automatik. Seterusnya bola akan disalurkan kembali ke bangunan, di mana ia akan dibersihkan dan diagihkan ke ruang latihan yang berbeza menggunakan tiub tekanan.



Cara ini lebih menjimatkan tenaga pekerja berbanding driving range tradisional di mana pekerja perlu menggunakan kenderaan atau tenaga lembur untuk memungut bola yang telah digunakan.



Kemudahan bertingkat itu juga menawarkan pelbagai ciri menarik seperti  tempat duduk selesa, WiFi percuma dan port USB juga disediakan untuk kemudahan ahli kelab, dengan pemandangan 360 darjah Clubhouse, dan pandangan laut.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >