Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Teknologi untuk lengkapi bukan kurangkan peranan guru

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



PENGGUNAAN teknologi pendidikan di sekolah bertujuan untuk melengkapkan dan bukan untuk mengurangkan peranan guru dalam membantu pelajar mempelajari kemahiran bertahap tinggi, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Beliau memberikan contoh teknologi bantuan pembelajaran bagi subjek Inggeris, yang boleh membantu pelajar dalam mempelajari ejaan dan tatabahasa langsung memberikan peluang kepada guru untuk memberi tumpuan terhadap panduan yang boleh diberikan terhadap aspek pembelajaran bahasa yang lebih kompleks.



Ini termasuk dalam kemahiran tahap tinggi seperti luahan kreatif dan nada, tambah Cik Sun.



Beliau berkata demikian dalam responsnya di Parlimen semalam kepada pertanyaan Dr Tan Wu Meng (Jurong) berkaitan langkah yang diambil untuk memastikan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pemarkahan bahasa Inggeris tidak menjejas keupayaan pelajar untuk mengembangkan keupayaan kreatif dan keperibadian mereka dalam pembelajaran bahasa itu.



Menurut laporan sebelum ini, sistem pemarkahan baru yang dikuasai kecerdasan buatan akan dilancarkan di portal pembelajaran sekolah dalam tempoh dua tahun akan datang bagi penggunaan pelajar sekolah rendah dan menengah.



Langkah tersebut diperkenal dua tahun selepas Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat membentangkan bagaimana strategi AI akan menumpukan terhadap lima bidang, termasuk pendidikan.



Empat bidang lain adalah dalam keselamatan sempadan, logistik, penjagaan kesihatan dan pengurusan estet.



Kementerian Pendidikan (MOE) akan menggunakan teknologi itu dalam pembelajaran bahasa Inggeris buat masa ini, dan merancang untuk memperluaskannya kepada subjek lain pada masa akan datang.



Menurut laporan The Straits Times sebelum ini, pengarah divisyen teknologi pendidikan di MOE, Encik Aaron Loh berkata:



"Sementara program ini tertumpu kepada penulisan dalam Bahasa Inggeris buat masa kini, MOE akan mempertimbang penggunaan sistem sama bagi subjek lain selepas ini."



Menurut Cik Sun, maklum balas serta merta yang diterima pelajar melalui sistem automatik ini akan menggalakkan mereka untuk lebih berdikari dalam proses pembelajaran dan untuk memperbetulkan kesilapan asas dalam penulisan.



"Ini boleh membantu mengukuhkan lagi penguasaan asas dalam penulisan, yang akan membolehkan mereka memperuntuk lebih banyak tumpuan terhadap aspek lebih sukar seperti luahan kreatif," ujarnya.



Cik Sun menambah sistem itu akan memberikan guru alat tambahan untuk melengkapkan tugas profesional mereka, dan membolehkan mereka bantu memperbaiki kemahiran menulis pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >