Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS BH

Teksi berkurang tapi jumlah kereta sewa privet melonjak: LTA

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT sekitar 14,200 teksi berdaftar di sini sehingga Oktober lalu - satu kemerosotan sekitar 23 peratus daripada 18,500 teksi pada Januari 2020 sebelum Covid-19, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Dalam tempoh masa yang sama, purata jumlah perjalanan yang dilakukan hasil penumpang yang menahan teksi di tepi jalan setiap hari juga berkurangan sebanyak 48 peratus daripada sekitar 187,000 kepada 97,000.



Jumlah teksi di negara ini kian merosot sejak beberapa tahun lalu, terutamanya dengan kemunculan aplikasi yang menyediakan e-panggilan khidmat pengangkutan, seperti Grab dan Gojek.



Pandemik Covid-19 sepanjang lebih dua tahun lalu juga telah mendorong trend di mana penumpang lebih memilih menggunakan aplikasi sedemikian untuk membuat tempahan khidmat kereta sewa privet atau teksi dengan lebih mudah, tanpa perlu berdiri lama di tepi jalan.



Sedang jumlah teksi semakin berkurangan, jumlah kereta sewa privet pula melonjak sejak hampir sedekad lalu, menurut perangkaan LTA di laman mereka.



Jumlah teksi telah berkurangan hampir separuh, daripada 28,736 teksi pada hujung 2014 kepada 14,887 teksi pada hujung tahun lalu.



Namun, dalam tempoh yang sama, jumlah kereta sewa privet meningkat sekitar tiga kali ganda - daripada 18,847 kepada 67,990.



Jurucakap LTA berkata syarikat ComfortDelGro (CDG) merupakan satu-satunya pengendali teksi yang mempunyai aplikasi digital sendiri, manakala baki empat syarikat teksi - Premier Taxis, Prime Taxi, Strides Taxi dan Trans-Cab - beroperasi berdasarkan amalan menahan teksi di tepi jalan dan khidmat di mana penumpang boleh menempah teksi melalui panggilan.



Beliau menambah bahawa pemandu teksi juga dibenarkan menggunakan mana-mana aplikasi pihak ketiga.



Penasihat Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA), Cik Yeo Wan Ling, berkata dalam usaha membantu pemandu, mereka menggalak latihan digital untuk belajar cara menggunakan aplikasi telefon bimbit bijak, Singpass dan Google, yang dilakukan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.



"Kami akan terus mendekati pemandu pengangkutan tempat ke tempat untuk mendengar keprihatinan mereka dan bekerja rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk memberi manfaat kepada pemandu kami, pengendali platform dan pemerintah," kata beliau.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >