Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teksi ComfortDelGro perkenal 'tambang rata' mulai 10 April

Apr 03, 2017 | 02:20 PM



BEBERAPA hari selepas syarikat Grab melancarkan tambang dinamik untuk teksi dan khidmat serupa teksi, kini syarikat teksi ComfortDelGro Corp mengumumkan bahawa ia akan melancarkan pilihan 'tambang rata' bagi aplikasi khidmat teksinya.



Pengendali teksi tersebar di sini itu akan menawarkan pilihan tersebut mulai 10 April ini menerusi tempahan teksi yang dibuat menerusi aplikasi tersebut.



Pilihan ini akan ditawarkan seiringan dengan tambang mengikut meter yang ada sekarang, supaya pengguna boleh memilih jenis tambang yang paling sesuai untuk mereka.



'Tambang rata' mengambil kira jarak perjalanan dan merangkumi bayaran tambahan sedia ada.



Sekiranya 'tambang rata' dipilih, penumpang tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan, kecuali penumpang menukar haluan atau membuat pemberhentian semasa perjalanan.



Bayaran tambahan $5 akan dikenakan bagi setiap pemberhentian tambahan dan bayaran $5 akan dikenakan bagi destinasi yang lebih jauh, untuk setiap perjalanan 5km atau lebih.



Bayaran bagi Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) juga dikenakan.



Menerusi 'tambang rata', perjalanan yang lewat kerana disebabkan kesesakan trafik tidak akan dikenakan tambang tambahan, tidak seperti tambang mengikut meter.



Menurut ComfortDelGro, pemandu teksinya digalak untuk menerima tempahan bagi 'tambang rata' menerusi levi panggilan yang dikecualikan.



Syarikat itu berkata, ia masih lagi meneroka tambang dinamik, yang membolehkan tambang untuk 'turun-naik' berdasarkan permintaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >