Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teksi kuning alami kurang kemalangan berbanding teksi biru: kajian

Mar 08, 2017 | 08:45 AM



TEKSI kuning, lantaran warnanya yang menonjol, didapati kurang terlibat dalam kemalangan berbanding teksi biru.



Demikian menurut dapatan sekumpulan penyelidik Universiti Nasional Singapura (NUS) hasil analisis mereka selama satu setengah tahun mengenai teksi, pemandu dan data kemalangan mengenai 4,000 teksi kuning dan 12,500 teksi biru tempatan.



Teksi kuning didapati mengalami 6.1 kurang kemalangan bagi setiap 1,000 teksi sebulan berbanding teksi biru.



Profesor Ho Teck Hua, Timbalan Presiden NUS bagi penyelidikan dan teknologi dan peneraju kajian itu, memberitahu The Straits Times bahawa kajian merangkumi majoriti teksi - 60 peratus - di Singapura.



Ia telah dijalankan dengan kerjasama Profesor Madya Chong Juin Kuan daripada Sekolah Perniagaan NUS dan Penolong Profesor Xia Xiaoyu daripada Sekolah Perniagaan Universiti Hong Kong.



Hasil kajian itu diterbitkan dalam jurnal Prosiding saintifik, Akademi Sains Nasional pada Isnin.



Prof Ho berkata teksi kuning adalah lebih ketara daripada teksi biru pada siang hari dan ketika di di bawah lampu jalan raya.



"Perbezaan kadar kemalangan antara kuning dan biru di bawah lampu jalan raya adalah yang tertinggi kerana perbezaan penglihatan kedua-dua warna paling ketara gelap malam."



Kajian itu juga menyebut potensi penjimatan dengan mengecat semula semua teksi biru menjadi kuning. Ia akan menghasilkan 917 kurang kemalangan setiap tahun, menjana penjimatan lebih $2 juta.



Kajian tentang kaitan warna kenderaan dan kadar kemalangan sebelum ini dijalankan pada 2007 oleh Universiti Monash di Australia. Ia mendapati kereta dicat dengan warna rendah-penglihatan seperti hitam, biru dan kelabu, lebih cenderung terlibat dalam kemalangan.



Operator teksi biru terbesar di Singapura, ComfortDelGro, memberitahu ST bahawa hasil kajian itu "sangat menarik" dan syarikat itu akan menelitinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >