Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teksi separuh terbalik dalam kemalangan libatkan tiga kenderaan

Jan 26, 2017 | 10:58 AM



SEPERTI satu adegan filem, seorang penumpang memanjat keluar dari belakang sebuah kereta yang separuh terbalik.



Senario itu benar-benar dilakukan oleh pegawai khidmat pelanggan, Encik Tan Yong Qiang, 27 tahun, apabila teksi yang beliau naiki terlibat dalam satu kemalangan pada Khamis (26 Jan).



"Saya tidak pernah terfikir terpaksa bertindak demikian dalam hidup saya. Saya sangka ia hanya berlaku dalam filem," katanya.



Menurut Encik Tan, kemalangan itu berlaku kira-kira 8.20 pagi melibatkan teksi SMRT, Volvo putih dan motosikal.



Beliau berkata teksi itu mula menghimpit ke lorong kiri dari tengah Braddell Road ke arah Toa Payoh apabila ia berlanggar dengan belakang Volvo putih.



Kereta putih juga melanggar bahagian belakang sebuah motosikal di lorong kiri jalan tiga lorong.



Penunggang motosikal yang enggan dinamakan itu berkata beliau mengalami luka di kaki kanannya dan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Toa Payoh.



Pemandu wanita Volvo putih itu enggan mengulas.



Encik berkata beliau terkejut apabila teksi separuh terbalik ke bahagian kiri.



"Saya benar-benar tidak tahu apa yang berlaku, tetapi pemandu teksi amat prihatin dan bertanya sama ada saya okay," kata beliau.



Sebahagian orang ramai datang membantu dan mereka dapat keluar menerusi but kereta, katanya.



Pemandu teksi itu mengalami luka-luka kecil di tangannya. Beliau tidak dapat mengulas kerana syarikatnya akan mengendalikan perkara itu. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >