Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teksi terbakar di Woodlands

Jan 20, 2017 | 10:03 AM



SEBUAH teksi terbakar di Woodlands pada Khamis (19 Jan) malam, dengan haba api itu membuat kaca kenderaan itu lebur.



Orang ramai yang berdekatan terkejut melihat teksi itu dijilat api di Woodlands Avenue 6 sekitar 5.50 petang.



Seorang saksi yang tidak memberi namanya memberitahu Stomp bahawa "orang ramai sibuk mengambil gambar dan api itu begitu marak sehingga kaca teksi cair."



Dalam video yang disiarkan di Facebook oleh pengguna Satya Narayan, anggota bomba dilihat menyediakan hos sedang api marah mengeluarkan kepulan asap. Beberapa orang berdiri di seberang jalan menyaksikan api dipadamkan.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura memberitahu The Straits Times pada Jumaat (20 Jan) bahawa ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada 5.52 petang, dan segera menghantar kereta bomba dan Red Rhino.



"Kebakaran itu melibatkan bahagian enjin sebuah teksi SMRT," kata jurucakap itu.



SCDF memadamkan api menggunakan jet air dan dua beg galas buih udara mampat.



Tiada siapa cedera dan punca kebakaran masih disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >