Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teksi udara jalani penerbangan ujian

Oct 24, 2019 | 09:28 AM



SEBUAH teksi dalam bentuk dron berkipas telah mencecah udara buat kali pertama semalam, sedang firma asal Jerman, Volocopter, menjalankan penerbangan ujian ke atas kenderaan itu di sekitar kawasan Marina Bay.



Kenderaan dengan dua tempat duduk yang menggunakan kuasa bateri itu terbang selama dua minit 30 saat, dengan seorang juruterbang di dalamnya.



Meskipun ia kenderaan tanpa pemandu, Volocopter telah menempatkan seorang jururuterbang di dalamnya semasa ujian bagi tujuan keselmatan.

Penerbangan itu hampir tergendala akibat hujan lebat pagi semalam, tapi dibenar diteruskan sejurus langit menjadi cerah, kata laman The Straits Times.



Teksi udara Volocopter mirip sebuah helikopter, tapi ia berdasarkan teknologi dron dan mampu terbang dengan dua orang di dalamnya untuk jarak sekitar 30 kilometer.



Ia direka khas bagi misi dalam bandar dan membawa sehingga 160 kilogram.



Volocopter telag pun menjalankan ujiannya di Helsinki, Las Vegas, Dubai dan beberapa tempat di Jerman, namun ujian di sini adalah yang pertama dalam kawasan bandar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >