Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Telefon bimbit $54 Huawei kehabisan stok, polis dipanggil tenangkan keadaan

Jul 26, 2019 | 03:06 PM



RIBUAN pelanggan telah ke 27 kedai Huawei bagi mendapatkan telefon bimbit $54 yang ditawarkan pagi tadi namun keadaan bertukar menjadi tidak tenteram apabila mereka diberitahu telefon bimbit tersebut kehabisan stok.



Pihak polis terpaksa dipanggil untuk menguruskan orang ramai yang tidak puas hati dengan berita tersebut.



Menurut laporan The Straits Times, tawaran itu yang menawarkan telefon bimbit Huawei Y6 Pro 2019 pada harga $54 (harga asal $198) kepada warga Singapura dan penduduk tetap berusia 50 tahun ke atas bermula hari ini hingga Ahad nanti.



Huawei berkata sebelum ini bahawa tawaran tersebut adalah bagi "menyambut generasi yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara, dan merupakan satu tanda penghormatan tepat pada masa Singapura menyambut Hari Kebangsaan ke-54".



Berikutan kejadian kurang menyenangkan itu, Huawei telah mengeluarkan permohonan maaf di Facebooknya.



"Kami minta maaf...Disebabkan permintaan terlalu tinggi bagi tawaran NDP $54 Y6 Pro 2019, kami tidak dapat memberi majoriti daripada anda tawaran ini," kata syarikat itu.



Ia turut menasihati orang ramai agar tidak ke 27 cawangannya kerana kesemua unit produk berkenaan telah habis dijual.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >