Teliti cara tingkat usaha bantu pekerja gaji rendah
Feb 15, 2015 | 05:30 AM
PEMERINTAH mungkin wajar meneliti semula pendekatannya menyumber luar khidmat-khidmat bukan teras seperti kerja pembersihan dan lain-lain pekerjaan berkemahiran rendah.
Meski akur langkah tersebut telah menjimatkan pemerintah jutaan dolar setahun dan menjadikannya lebih berkesan, namun Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Zainal Sapari, berkata langkah itu meninggalkan kesan terutama terhadap pekerja berkemahiran rendah.