Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Telko baru Singapura TPG tawar 200,000 pengguna data percuma tanpa had di M’sia dan Indonesia

Jun 27, 2019 | 02:03 PM

SYARIKAT telekomunikasi keempat TPG Telecom merancakkan lagi saingan di Singapura dengan menawarkan seramai 200,000 penggunanya data percuma tanpa had jika mereka menggunakannya di Malaysia dan Indonesia. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa lalu, pengerusi eksekutif TPG David Teoh berkata: “Dua negara ini merupakan destinasi kunjungan terpilih warga Singapura disebabkan lokasinya yang berdekatan, untuk itu ramai pelanggan kami boleh berjimat dan hentikan bayaran ‘roaming’ yang amat tinggi sekarang.” 

Tawaran tersebut akan bermula pertengahan Julai, membolehkan pengguna TPG untuk membuat panggilan yang tidak terhad ke nombor telefon bimbit Singapura. Bagi panggilan ke nombor telefon Singapura yang tetap, had 20 minit ditetapkan. 

Semua panggilan masuk dan SMS juga percuma. 

Ia juga akan menawarkan kegunaan nilai yang tersimpan di mana pengguna boleh menokok menggunakan kad kredit mereka untuk membuat bayaran lain. 

Berita Popular

“Ini hanya satu daripada pelbagai peningkatan produk yang akan kami lancarkan tidak lama lagi, dan pelanggan kami boleh terus kekal berhubung dan memanfaatkan khidmat kami,” kata Encik Teoh. 
 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map