Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Telur Ukraine kini dijual di sini, sebahagian langkah pelbagaikan sumber makanan Singapura

Oct 13, 2019 | 01:42 PM



TELUR asal Ukraine dari Eropah Timur sudah mula dijual di pasar raya di Singapura, sebagai sebahagian daripada usaha Singapura untuk menjaga bekalan makanannya dengan mempelbagaikan sumbernya.



Sejak Jun lalu, kira-kira 4.6 juta telur telah diimport dari Ukraine, yang mula disahkan sebagai salah satu sumber telur Singapura pada Disember 2018, kata Agensi Makanan Singapura (SFA).



Kini, Ukraine menyertai senarai 10 negara yang membekal telur bagi Singapura: Australia, Denmark, Jepun, Malaysia, New Zealand, Sepanyol, Sweden, Korea, Thailand dan Amerika Syarikat.



SFA berkata: "Sebagai sebahagian daripada strategi kami untuk meningkatkan keselamatan makanan bagi Singapura, SFA bekerja rapat dengan pihak industri untuk mempelbagaikan sumber import (Singapura), (sebagai persiapan) terhadap gangguan makanan yang mungkin berlaku…selain memastikan harga telur tidak berubah secara mendadak (akibat gangguan makanan)."



SFA menambah bahawa antara Januari dan Ogos tahun 2019, 73 peratus telur Singapura berasal dari Malaysia. Ladang ayam tempatan membekalkan lagi 26 peratus, sementara satu peratus yang terakhir berasal dari negara lain.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >