Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Tema Hari Raya di bas, MRT

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



CORAK berwarna-warni menghiasi bas dan kereta api MRT serta stesen MRT dan hab pengangkutan bersepadu di sini sempena perayaan Hari Raya.



Kereta api dan bas serta stesen MRT dan hab pengangkutan bersepadu bertemakan Hari Raya yang dapat dilihat hingga 2 Jun ini adalah hasil kerjasama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dengan Kawasan Undi Geylang Serai, Taman Warisan Melayu dan pengendali pengangkutan awam.



Terdapat enam kereta api - satu bagi setiap daripada enam laluan MRT - yang dihiasi dengan corak dan motif tersebut.



Turut dihiasi ialah bas dengan nombor perkhidmatan bas 7, 28 dan 154 mulai bulan depan.



Bas ini melalui kawasan Geylang Serai dan kejiranan.



Bertemakan Gotong Royong - Perpaduan dan Daya Tahan, hiasan itu memaparkan ikon yang mendapat inspirasi daripada nilai dan tradisi masyarakat Muslim.



Penumpang juga boleh belajar tentang tradisi di sebalik amalan yang berbeza.



Hiasan bertema Hari Raya itu juga boleh dilihat di laluan di pusat pertukaran MRT Paya Lebar.



Sementara itu, Hab Pengangkutan Bersepadu Ang Mo Kio dan Boon Lay juga akan dihiasi dengan corak dan motif bertemakan Hari Raya.



Sempena pelancaran hiasan bertema Hari Raya di rangkaian pengangkutan awam setempat itu semalam, Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East turut menaiki kereta api bertema Hari Raya itu dari stesen Pasir Ris ke Paya Lebar.



Muslim di sini mengalu-alukan sambutan Aidilfitri yang lebih meriah tahun ini dengan situasi Covid-19 yang bertambah baik.



Antara lain, beberapa langkah pengurusan selamat telah dilonggarkan termasuk membolehkan orang ramai berkumpul hingga 10 orang sementara langkah juga diambil untuk membuka sempadan Singapura kepada lebih ramai pelawat yang sudah divaksinasi.



Tahun lalu, jambatan stesen MRT King Albert Park turut dihias dengan tema Hari Raya.



Menariknya, hiasan tersebut diperbuat daripada barang yang dikitar semula, seperti percikan bunga api yang dibuat daripada botol air dan ketupat yang dihasilkan dengan beg plastik.



Konsep hiasan Hari Raya di jambatan itu adalah hasil idea pelajar Sekolah Seni Singapura (Sota), Heema Izzati Zainudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >